Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 13 Jun 2009

Kemuncup


Semasa nak ke rumah walimatulurus sepupu orang rumah di Kati Kuala Kangsar kami sekeluarga melalui kawasan yang banyak rumput berkemuncup. Bila habis je kenduri aku bergegas nak balik ke Bidor sebab ada meeting. Dalam kereta anak-anak dah merungut betapa banyaknya kemuncup yang lekat kat seluar dan kain serta mengatalkan.

Teringat aku zaman sekolah dulu rasanya hari-hari kemuncup lekat kat stokin. Balik sekolah jalan kaki melaui padang dan kawasan yang banyak kemuncup. Sampai rumah je berlambak kemuncup yang melekat. Biasanya sebelum tanggal stokin aku akan mencabut semua kemuncup yang ada kat stokin dan seluar. Macam tu lah rutin hampir setiap hari.

Anak-anak zaman sekarang kena kemuncup sikit gatal, merungut-rungut dan malas nak cabut kemuncup. Sanggup biarkan. Aku juga membayangkan mungkin juga anak-anak zaman sekarang terutama yang duduk di bandar-bandar besar perkataan kemuncup pun tak pernah dengar.

Apalagi nak tengok kemuncup. Kalaulah kemuncup lekat kat stokin atau seluar ia merupakan satu perkara yang dianggap asing. Atau pun mungkin ada yang fobia atau takut dengan objek asing yang bernama kemuncup. Ataupun mungkin ada yang menjerit ketakutan apabila kemuncup melekat di seluar atau di stokin.

2 ulasan:

  1. sya dr sabah..nama standard kt sabah "rumput sundal" bru tdi adik tnya.. apa "rumput sundal" dalam bahasa melayu?..lama sya garu kpala..rupanya nama lebih sopan adalah kemuncup.. heheh...TQ... :)

    BalasPadam
  2. Rumput sundal...agak ganazzzzzz nama tu.....apa pun thanks dapat jugek info baru

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...