Nuffnang

Pengikut

Rabu, 24 Jun 2009

Meninggalkan Keselesaan

Untuk terus hidup dan berjaya kita wajib meninggalkan keselesaan. Tak kiralah apa bidang yang kita ceburi. Pada peringkat awal sudah pasti kita tepaksa melalului onak duri yang penuh ranjau. Sekiranya kita terus hidup dalam keadaan yang selesa kita akan terus berada di takuk lama.

Dalam kehidupan kita pun begitu juga. Bayi umpamanya untuk terus membesar dia terpaksa meninggalkan keselesaan tinggal di dalam perut ibunya selama 9 bulan 10 hari. Kalau diberi pilihan sudah pasti bayi ingin terus tinggal dalam perut ibunya.

Dulu-dulu masa nak masuk asrama kita terpaksa meinggalkan keselesaan hidup di rumah. Tak dapat tengok TV. Terpisah dengan keluarga yang dicintai seterusnya tak dapat merasai keenakan masakan ibu.

Sampai di asrama kain baju basuh sendiri. Kalau dirumah kita ambik je dalam almari. Semuanya tersedia. Di asrama juga makan ikut waktu dan banyak kesenangan dan keselesaan lain yang kita tinggalkan demi untuk bergerak maju ke hadapan serta mencapai sesuatu impian.

Untuk bergelar seseorang Siswazah kita terpaksa berkelana ke suatu tempat jauh dan asing dari kampung halaman. Juga kita meninggalkan kebiasaan dan rutin hidup di kampung yang aman damai serta jauh dari hiruk pikuk yang menyesakkan pemikiran.

Masuk zaman rumahtangga kita juga meninggalkan kebebasan zaman bujang. Semasa anak-anak masih kecil langsung kita tiada waktu untuk diri sendiri. Tengah malam anak menangis terpaksa bangkit bancuh susu. Kalau anak sakit jawabnya tak tidurlah sampai pagi.

Pendek kata untuk terus hidup dan berjaya kita terpaksa meninggalkan keselesaan. yang pernah kita nikmati suatu masa dahulu. Bagi dunia bisness pun begitu. Ramai yang susah dahulu. Kadang-kadang bangkrap dan muflis berkali-kali. Barulah berjaya mencapai sesuatu kejayaan.

Keselesaan sementara ditinggalkan demi untuk kesenangan yang berkekalan pada masa akan datang. Kesimpulannya Keselesaan suatu perkara wajib ditinggalkan untuk mencapai kesempurnaan dalam hidup.

1 ulasan:

  1. salam njang...

    yang aku faham apa hang tulis, adalah:

    'untuk kesempurnaan perlu berada dalam ketidakselesaan'... susah la macam tu, bang.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...