Nuffnang

Pengikut

Selasa, 9 Jun 2009

Malek Noor Kembali ke pangkal jalan

Aku rasa semua kenal dengan Malek Noor. Jaguh bina badan, pelakon dan bisnessman terkenal. Aku ada pengalaman makan tengah hari ngan Melak Noor. Masa tu Asmuni Awi (Timbalan pesuruhjaya PAS Perak sekarang) yang bawak aku temankan dia merangkap makan tengah hari di Hotel Casuarina Ipoh.

Asmuni ni juga lawyer yang hebat dan terkenal di negeri Perak. Pernah bertanding lawan Rafidah Aziz. Kalau pilihanraya ke-12 dia menang aku rasa Asmunilah Menteri Besar Perak bukan Nizar. Itu cerita lama. Yang aku nak cerita tentang Malek Nor ni ialah dia dah berubah hampir 360 darjah.

Aku rasa sedih,pilu dan rasa nak menitik air mata bila baca pengakuan beliau tentang dosa-dosa silam yang telah dilakukan. Betul kata alim ulamak dosa silam akan sentiasa menghantui dan mengejar kita. Umpama bayang-bayang hitam yang sentiasa mengekori kita. Kita akan sentiasa rasa bersalah sepanjang masa. Ini yang dialami oleh Malek Noor.

Macam mana hidayah ni boleh datang kepada Malek Noor? Satu hari di Penthousenya dia mendengar azan. Hari-hari lain pun dia dengan azan. Tapi azan hari tu betul-betul menusuk ke dalam hatinya yang paling dalam. Dia jadi tak tentu arah.

Berjalan ke sana ke mari dalam rumah sampai dia letih dan rasa takut yang amat sangat ngan tuhan. Esoknya dia beli senaskah al-quran dan buku agama. Mulai saat itu dia berubah sedikit demi sedikt.

Katanya kesibukan mencari kekayaan dan harta dunia menyebakan dia lalai dan hanyut jauh daripada tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Baginya dulu harta dunialah segala-galanya. Sekarang dia dah tak kisah sangat tentang semua tu. Dia hanya nak jadi seorang muslim yang baik.

Andai kata masa boleh diputar ke belakang dia nak balik ke zaman kanak-kanak dan hidup sebagi muslim yang baik yang mengikuti semua suruhan tuhan dan meninggalkan segala yang dilarang. Lama juga aku memikirkan tentang kata-kata Malek Noor ni.

Satu perkara yang aku boleh simpulkan sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita akhirnya hati yang paling dalam akan tetap merindukan yang azali. Akan tetap takut dan ingin kembali ke pangkal jalan. Akan tetap ada rasa mahu beragama dan bertuhan.

Percayalah apabila hati berasa tak tenteram dan serba salah apabila melakukan sesuatau maknanya itu dosa. Apabila hati berasa tenang dan tenteram melakukan sesuatu maknanya itu Pahala. Sekeras mana pun hati manusia, apabila sekali hatinya terbuka menerima hidayah tuhan dia akan berubah. Semoga Malek Noor terus Istiqomah dan menjadi muslim yang baik. Alhamdulillah..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...