Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 24 Oktober 2009

Pensyarah timbang kati


Cerita ini aku tulis berdasarkan pengalaman orang rumah aku yang menyambung pelajaran peringkat master. Dalam Entry yang lepas aku dah ceritakan tentang pensyarah 3B (Bahagi kumpulan, bincang dan bentang). Kali ni aku nak bercerita tentang pensyarah timbang kati.

Rasanya isu pensayarah timbang kati memang dah lama berlaku. Semenjak zaman aku belajor lagi.Terutamanya pensyarah yang mengajar di Peringkat Ijazah pertama. Di First Degree mungkin juga kerana jumlah bilangan pelajar terlampau ramai menyebabkan pensyarah tak sempat menyemak semua assignment.

Mungkin la boleh dimaafkan. Aku cakap MUNGKIN. Rupa-rupanya perkara ini berlanjutan sehinggalah peringkat Ijazah Sarjana. Dan orang rumah aku salah seorang mangsanya. Yang aku tak faham bilangan pelajarnya tidak lah ramai, namun ada pensayarah yang masih menilai markah berdasarkan timbang kati dan tengok muka.

Sepatutnya kena di semak berdasarkan apa yang ditulis dan apa yang dicakap semasa pembentangan. Nilai kemantangan pelajar menulis dan bercakap. Bukanya kerana lawa atau seksinya seorang student. Dan bukannya pula disebabkan kerana pelajar tersebut selalu berjumpa pensyarah ataupun kerana pelajar tu pandai membodek dan pandai memblower pensyarah dengan kata-kata yang manis.

Ada juga di kalangan pelajar yang bawak macam-macam hadiah untuk dihadiahkan kepada pensyarah. Kalau masalah ini berterusan akhirnya kualiti pendidikam dan budaya ilmeu akan hancur di Universiti-universiti di Malaysia.

Selalunya pensayarah jenis ini amat digemari dan menjadi buruan oleh pelajar. untuk mengambil papernya. Sebab tak perlu kerja banyak, tak perlu perah otak, tak perlu buat kajian yang teruk. Hanya perlukan kemahiran membodek, manis muka, gelak kuat-kut masa pensyarah tu buat kelakar walaupun tak berapa kelakar dan selalu tanyang muka atau jumpa pensyarah.

Pensyarah jenis ini sebenarnya hanya banyak bersembang, gelak-gelak, kelas banyak tak de daripada ada, mengajarnya sikit lebih kepada pembentangan dan mungkin ilmunya seciput. Itu sebab dia tak boleh deliver ilmu yang berkualiti dan lebih tepat lagi MALAS.

Selalunya apabila dapat pensyarah macam ni, markah orang rumah aku biasanya rendah. Yang bestnya tu ada pelajar yang memang assignmet entah apa-apa, kemahiran bercakapnya pun macam hampeh itu yang dapat markah tinggi.

Mana-mana pensyarah yang memang mengajar, berkualiti dan dan benar-benar mengamalkan budaya ilmu biasanya markah orang rumah aku tinggi. Dia cukup risau kalau dapat pensyarah timbang kati. Tapi apa nak buat paper tersebut wajib fakulti. Berserah je lah pada tuhan. Semester ni ada seorang pensayarah yang memang jenis timbang kati.

Daripada 14 minggu dia baru menagajar 6 minggu. Dalam kelas asyik gelak je. Belajar entah apa-apa . Apabila pelajar bentang tugasan banyak pulak komennya. Itu tak de ini tak de, Tak lengkap dan tak cukup kajian. Memang le pembentangan akan jadi teruk sebab mengajarnya seciput pembentangannya lebih dan pelajar tidak diajar apa yang sepatutnya diajar. Markah assignment pulak timbang kati. Hancur, hancus dan parbus pamungkas.

Namun pensyarah macam ni la yang menjadi buruan pelajar. Sebab senang dibodek dan makan bodek. Mungkin tulisan ini agak kasar bunyi. Namun itulah hakikatnya yang berlaku. Namun aku tak kata semua pensyarah macam ni. Masih ramai juga yang berkualiti. Namun bilangan yang tak berkualiti sudah menjadi majoriti kalau berbandingkan yang berkualiti. Sama juga di sekolah pun macam ni jugalah keadaanya. Minta maaf mana-mana pihak yang terasa.

Yang bestnya pulak pensyarah ni merupakan Dekan Fakulti. Kome bayangkan lah. Diri sendiri pun teruk macam mana nak memimpin organisasi. Jawabnya bukan sahaja dia menghancurkan diri sendiri habis satu organisasi hancur. Wallah hua alam

2 ulasan:

  1. Menarik isu nie.. tapi tak semua pensyarah begitu.. sebenarnya boleh jek buat pengaduan begini sebenarnya.. walaupun dia dekan.. tapi laporan boleh dibuat terus ke pejabat timbalan naik canselor akademik.. kalau berani nak buatlah.. setiap masalah itu ada penyelesaiannya.. kalau saya.. kalau ada 2 3 orang kawan yang kena kes camnie buat je surat maklumkan pada TNC akademik.. maklumkan permasalahan ini sebab kita takkan isu camnie berterusan.. sebab kita pun ada hak juga untuk bersuara dan hak untuk mendapat yang lebih baik kerana kita berusaha.. cuma persoalannya berani atau tidak?? sebab kalau kita tak fight for the right thing.. don't u ever think that u'll get right thing happen to you kan.. Berani kerana benar.. takut kerana salah.. ;)

    BalasPadam
  2. iina

    Aku pun tak nafikan bukan semua pensyarah macam tu. Nak di bawa ke tengah nanti kita akan jadi shushah. Memandangkan yang akan menanggungnya orang rumah aku. Jadi just wait and see.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...