Nuffnang

Pengikut

Khamis, 15 Oktober 2009

Penampor terbang

Cerita 5 Top 60


"Cikgu, tadi Amirul kena roti canai ngan sir " Kata seorang pelajar kepada aku . Mula-mula aku termenung jugak apa benda yang dimaksudkan dengan roti canai. Yang aku tau roti canai kalau makan dengan kuah kari atau kuah dal memang sedap.


Kemudian aku tanya kepada pelajar tu “roti canai?”. “Ala takkan cikgu tak tau roti canai” kata pelajar tu bersungguh-sungguh. “Macam ni cikgu” Sambil dia mendemontrasikan aksi roti canai. Oh…. Macam ni roti canai baru aku paham.

Kalau macam tu semasa zaman sekolah dulu aku pun selalu jugak kena roti canai.Memang sedap sekali kena susah nak lupa.Sampai sekarang pun masih teringat-ingat side effect selepas kena roti canai.


Sejarah teknik ni dimulakan olah mamak yang buat roti canai di restoran mamak.Selepas roti canai masak biasanya mamak tu buat apa. Dia angkat dan dia tepuk dengan dua tangan. Bila di applykan teknik yang sama kat muka pelajar-pelajar yang nakal itulah yang dikatakan roti canai.


Memang perit rasa pipi. Pipi akan jadi merah, telinga rasa bengang je. Kadang-kadang mata berair. Lama juga kehangatannya terasa. Tambahan pula kalau cikgu yang menggunakan teknik ini memaksimumkan daya pukulannya. Memang kow, memang nalerke.

Satu lagi teknik tang pernah digunakan oleh seorang cikgu aku masa sekolah rendah dulu ialah teknik tosei (aku baru bagi nama teknik ni). Teknik tosei ni lembut tetapi kesannya lama dan diapplykan atas kepala. Bengkokkan jari macam nak ketuk kepala kemudian pusingkan macam buat tosei. Lagi banyak pusingannya lagi kow rasanya. Side effectnya lama. Namun boleh tahan juga sakitnya.

Ada satu lagi teknik yang aku dan kawan-kawan seperjuangan pernah kena masa zaman sekolah ialah teknik penampor terbang. Yang terbang tu bukan aku tapi cikgu yang menampor tu sebab dia pendek. Penampo dia cukup power. mungkin 4 kuasa kuda. Side effect nya tak usah cerita. Sehari tak hilang lagi. Bagi aku inilah teknik yang paling berbahaya tetapi penuh bergaya.


Bayangkanlah bukan senag nak tengok cikgu terbang. Hanya orang-orang terpilih bisa merasai nikmatnya. Orang-orang biasa tak sampai makam ni. Kalau orang-orang shaolin tengok teknik ni mesti menangis dan merayu nak menuntut ilmu ni.


Walaupun aku pernah kena teknik ni namun aku tak pernah applykan ke atas anak-anak murid aku. Macam mana kawan-kawan ada ke lain-lain teknik yang lebih bahaya?.....

5 ulasan:

  1. Salam kunjungan balas.....


    Sudah menggeledah isi rumah cikgu. Menarik himpunan ceteranya...

    BalasPadam
  2. terima kasih, singgah di teratak hamba

    BalasPadam
  3. Bayangkanlah bukan senag nak tengok cikgu terbang. Hanya orang-orang terpilih bisa merasai nikmatnya. Orang-orang biasa tak sampai makam ni. Kalau orang-orang shaolin tengok teknik ni mesti menangis dan merayu nak menuntut ilmu ni.

    memang nalerke..

    hahahahaha...awak ngekek je bace blog mike..terrbaiikk..bagi awak yg penah merasa bnda2 ni,time kena mmg rase nk pukui je cikgu balik..malu woo..sakit di pipi tu 10 persen je daripada sakit di hati..tapi bile udah tua2 ni, kenangkn balik, perangai rope jin, mmg patut makan penampor..hehe

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Betui tu tuan...semua itulah kenangan terindah zaman sekolah..terima kasih berkunjung ke blog hamba

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...