Nuffnang

Pengikut

Isnin, 26 Oktober 2009

E-Bay: Rahsia Jutawan Lelong


Minggu lepas aku sudah menghabiskan membaca 3 buah buku. Ke semua buku tersebut ada kaitannya tentang perniagaan E-Bay dan perniagaan lelong. Sebenarnya memang dah lama aku tahu tentang E-bay cuma tidak memahaminya secara menyeluruh.

Bagi mendapatkan gambar awal tentang E-bay aku pernah membeli e-book sifulan. Kupasannya menarik dengan menghuraikan perniagaan E-bay secara terperinci. Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan rahsia-rahsia yang perlu diketahui oleh seorang peniaga E-Bay aku membaca buku Rahsia jutawan E-Bay karangan Stuart Tan dan Benjamin Marc Wee.

Memang menarik kupasannya terutama dalam merangka surat jualan yang mampu menarik perhatian bakal pembeli, surat jualan yang mampu mendidik dan seterusnya dia menerangkan tentang elemen-elemen yang perlu ada dalam surat jualan yang baik.

Namun aku masih berasa tidak lengkap lagi ilmu tentag E-bay ni. Aku membaca pula buku Rahsia buat duit dengan E-Bay karangan Azahar Abdul Rahman. Istimewanya buku ni dia menerangkan secara terperinci tentang E-bay. Daripada pendaftaran E-bay sehinggalah sampai kepada tahap berjaya membuat jualan dan menerima keuntungan jualan.

Namun buku e-bay yang ketiga ni aku rasa pelengkap kepada dua buah buku ini kerana di tulis oleh seorang otai ebay dan lelong.com karangan Eruwan Gerry Norsen. Ini merupakan buku keduanya selepas meledak dengan buku pertamanya Rahsia Raja Lelong. Memang mantap, berilmu dan memuaskan.

Inilah yang aku boleh gambarkan tentang buku ini. Apa yang boleh aku simpulkan perniagaan E-bay dan lelong.com sama sahaja dengan perniagaan konvesional yang lain. Memerlukan kegigihan, kesabaran dan untuk melihat kejayaannya ia memakan masa yang sedikit panjang.

Namun daripada segi modalnya tidaklah setinggi untuk membuka gerai burger dan kedai menjual ais kacang. Kalau kena caranya ia boleh manjana keuntungna yang berlipat kali ganda dengan syarat kita perlu meningkatkan ilmu tenyang E-bay ini setiap masa.

Apa yang penting ialah ilmu. Nak berniaga E-bay pun perlu ada ilmu yang matap dan kita wajib mengetahui kesemua aspek teknikal, kewangan, pemasaran, promosi dan lain-lain yang berkaitan dengannya.Pendek kata mest ada ILMU,ILMU dan ILMU. dan kita juga tidak kedekut untuk melabur bagi mendapatkan ilmu.

Terima kasih aku ucapkan kepada Waris den aku budak minang yang banyak mencetuskan rasa ingin tahu aku tentang E-bay dan tak lokek ilmu berkongsi maklumat dengan aku tentang E-Bay.Waris aku ni dah merasa makan duit keuntungan perniagaan internet. Aku bolum lai. Aku memang mengimpikan sebuah ebay store di ebay.com dan member store di lelong.com.

Tunggulah apabila aku sudah mantap dengan ilmu tentang e-bay dan mempunyai modal yang cukup serta produk-produk yang boleh dipasarkan maka aku akan memulakannya tanpa bertangguh lagi.

Aku juga berminat untuk menghadiri personal coaching yang dianjurkan oleh sifu e-bay norizam dan Sifu lan. Tunggu ya..........

2 ulasan:

  1. Dah jadi jutawan esok....jangan lupa kawan blog...

    BalasPadam
  2. Mak oii tingginya makam tu. Takut aku membayangkannya. Aku baru baca buku, praktikalnya tak tau lagi. entah boleh atau tidak. Teorinya nampak ok la.

    Apa pun terima kasih

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...