Nuffnang

Pengikut

Ahad, 11 Oktober 2009

Baru dan lama : Masjid Sungkai



Masjid Sungkai lama terletak di Pekan Lama Sungkai. Kalau dilihat daripada segi rekabentuk bangunanannya memang klasik. Satu lagi monumen sejarah bagi Pekan Sungkai yang perlu dipertahankan.

Menurut Pak Ghaffar ketua Kg. AATin menjelaskan bahawa masjid ni sudah wujud semenjak tahun 1903 lagi. Binaan yang ada pada hari telah banyak dibuat penambahan. Bahagian tengah masjid itu merupakan binaan asalnya.

Apa yang menjadi masalah masjid ini tidak boleh lagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Di samping itu masjid ini sering juga ditenggelami banjir yang saban tahun melanda kawasan pekan lama sungkai.

Oleh itu sebuah masjid baru telah dibina. Kedudukannnya di tepi jalan besar menjadikannya lebih strategik. Ini memudahkan bagi orang-ramai sama ada warga sungkai dan warga luar Sungkai untuk singgah di masjid ini.

Kini masjid lama menjadi pusat tahfiz untuk anak-anak di Sungkai. Puast tahfiz ini sentiasa memerlukan sumbangan sesiapa sahaja yang berminat bagi menampung keperluan harian pelajar-pelajarnya.

3 ulasan:

  1. Salam Jang...
    Kg Pekan Lama ...adalah pekan Sungkai asal..tu sebab dinamakan Pekan Lama...Dek sebab selalu banjir dipindahkan ke tempat sekarang ...tinggi sikit...atas bukit...Bermakna pekan Sungkai sekarang adalah bandar baharu.....Tanya orang2 lama Sungkai....sejarah ni...

    BalasPadam
  2. Pak ada dulu ada pak uda bagi tau bangunan lama sebelah masjid lama tu pernah jadi sekolah, betul ke?

    Saya dah tanya dengan orang lama sungkai kata deme pekan lama sungkai ni dulu memang ada pekan, meriah. Dekat jambatan sekarang tu le tempat orang berurus niaga menggunakan sampan.

    Saya tengah megorek lagi sejarah-sejarah lama dari orang sungkai

    BalasPadam
  3. Memang betul...Dulu namanya Sekolah Umum Perempuan Sungkai...Khas untuk budak perempuan...di pekan Sungkai untuk budak lelaki...Tanya Cikgu Latifah @ balu cikgu Hassan..dia pernah ngajo disitu....Memang betul pekan Sungkai dekat jambatan tu....Sekarang lengang ...semua pindah ke Klah Baru...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...