Nuffnang

Pengikut

Isnin, 19 Oktober 2009

Bah Roy datang balik....




Sudah beberapa purnama pelajar aku yang sorang tak datang ke sekolah. Tiba-tiba hari ini dia muncul. Seperti biasa riak mukanya penuh keselambaan dan innocent. Pelajar ni pernah aku ceritakan dalam entry yang awal.

Seperti biasa aku akan mengangkat tangan dan menyapanya "Hai" dan dia seperti biasa juga akan mengangkat tangan dan membalas "Hai" juga. Namun ada suatu keganjilan yang amat ketara pada Bah Roy. Rambutnya.... ya rambutnya kata hati aku.

Pelajar lain memang ada juga mengayakan fesyen ramput pacak ala trojan. Tapi Bah Roy lagi dahsyat rambutnya fesyen punk trojan. Buang tebiat ke Bah Roy ni. Tak pernah-pernah dia bersfesyen macam ni.

Mungkin juga dah lama dia menyimpan rasa hati nak berambut macam ni. Memandangkkan ramai juga pelajar sekarang yang rambutnya pacak macam ni. Ataupun mungkin ada hair designer dan perunding imej dikampungnya menasihatkan supaya tampil dengan imej baru.

Ataupun memang dia tak tahu apa-apa, ada tangan-tangan lain yang sengaja membentuk rambut Punknya. Kalau ada yang berbuat begitu pada Bah Roy, bagi aku kesian kat Bah Roy. Mungkin juga ada pihak atau kawan-kawan sekampung yang menaya Bah Roy.

Nak di tanya cakap melayu sepatah haram tak tau. Nak di marah pun memang dia tak tau apa-apa. Marah ke sedih ke takut ke mukanya macam tu jugak. Rasa geli hati pun ada. Kome bayangkan lah dia memang tak tau pun yang sebenarnya fesyen rambut macam tu tak dibenarkan disekolah.Kalau diberitahupun dia bukannya faham cakap kita. Jadi dia terus dengan aksi selamba kodoknya.

Selepas Bah Roy masuk ke kelas. Masuk seorang pelajar perempuan asli. Mati-mati aku sangkakan pelajar baru. Lain betui penampilannya. Rupa-rupanya rambutnya yang kerinting sudah diluruskan. Inikah yang dikatakan rebonding agaknya? (aku tak pasti). Tak tau la aku lepas Deepavali ni macam-macam fesyen rambut anak murid aku. Namun Bah Roy tetap World....

2 ulasan:

  1. cikgu kat sna pun ada pakar rambut ker..wow..dasyat tu :)..

    BalasPadam
  2. Sekali pandang macam Didier Drogba..penyerang Chelsea....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...