Nuffnang

Pengikut

Isnin, 30 November 2009

Trilogi 3 : Kicap pun kicaplah.......


Cerita 48 Top 60
Peristiwa ketiga ni betul-betul fresh. Belum ada mana-mana akhbar atau majalah yang publishkan cerita ni. Eksklusif di Anjang Blog. Terjadi betul-betul masa berbuka tadi. Memandangkan dah lama aku tak ke Bazaar Ramadhan, maka sekali-sekali keluar aku mencari juadah kesukaan aku iaitu kuih lopeh de squera

Tak beli banyak pun, cuma beli tiga keping (RM 1.00) cukup la untuk rasa je. Selepas itu, aku mencari juadah yang seterusnya ikan bakar dan pecal. Anak-anak dan orang romah dah hilang dalam pasar Ramadhan. Mungkin mereka mencari juadah kesukaan mereka.

Aku terus menunggu di kereta. Selepas 15 minit dari jauh aku nampak anak-anak dan orang rumah membimbit beg plastik berisi juadah kegemaran masing-masing. Ada nasi ayam, Roti John, Murtabak, Air soya dan tauhu sumbat. Dalam hati aku sapa pulak nak makan banyak-banyak ni. Aku tak lalu.

Setibanya di rumah semua juadah diletakkan di atas meja. Hari ni merasa la orang rumah aku off memasak. Kalau tidak asyik masak,, masak dan terus memasak. Masuk je waktu berbuka anak-anak aku dah mengadap juadah kegemaran masing-masing.

Aku macam biasa makan 3 biji kurma, minum sikit air dan solat maghib dulu. Takut lepas makan langsung tak lalu bersolat. Habis je solat aku pun join anak-anak aku makan. Kesemuanya makan nasi ayam. Aku pun membuka pecal yang memang antara favourite dish aku. Habis je pecal aku teringatkan kuih lopeh aku.

Kuih ni juga kegemaran anak aku yang nombor empat. Aku ambik sekeping kuih lopeh dan sebungkus kecil gula hitam dan aku tinggalkan dua keping kuih lopeh dan 2 bungkus kecil gula hitam kut-kut ada sapa-sapa nak makan.

Setelah meletakkan sekeping kuih lopeh di dalam piring aku pun menuangkan sebungkus gula hitam cair di atasnya. Aku mencedok kuih lopeh bercampur air gula hitam dengan sudu, sedapnya lopeh ni, dah lama aku tak rasa. Sedang aku makan kuih lopeh, anak aku yang nombor empat bersuara yang dia pun nak makan kuih lopeh jugak.

Aku member arahan kepadanya untuk mengambil piring dan sudu. Kemudian aku ambik sekeping kuih lopeh dan aku tuangkan gula hitam cair ke atasnya. Dalam hati aku mesti sedap dia makan ni sebab aku makan pun sedap rasanya. Kalau arwah emak aku ada selalu dia buat kuih lopeh ni. Masa-masa ni la terkenangkan kembali keenakan dan kelazatan masakan arwah emak yang memang holiyau. Tapi semunya itu hanya tinggal kenangan.

Selepas menyuap kuih lopeh ke mulutnya tiba-tiba anak aku bersuara. Mengapa kuih lopeh ni lain macam rasanya. Aku hairan juga lain macam macam mana. Rasa basi ke atau tak sedap. Aku makan ok je.

Serentak itu aku terpandang gula hitam cair masih ada 2 bungkus lagi. Sepatutnya apabila aku tuangkan ke atas kuih lopeh anak aku tentu tinggal satu bungkus. Aku cuba mencium bau kuih lopeh tu. Pasal apa pulak bau kicap.

Baru aku perasan rupanya aku tertuangkan bungkus kicap untuk nasi ayam ke atas kuih lopeh anak aku. Patut le kuih lopeh tu berbau kicap. Teringat pulak aku cerita musang berjanggut. Kicap pun kicap lah..... Kesian anak aku terpaksa makan kuih lopeh berperisa kicap. Sempat juga aku snap gambar kuih lopeh berkicap untuk tontonan pembaca blog...... Cubaannnnnnnnn.

2 ulasan:

  1. Masa bapa saya mula2 jumpa kuih lopez ni di sebuah restoren, dia selamba saja makan begitu saja tanpa kuah. Apabila tuan premis menghulurkan gula hitam tu, dia dengan selamba menjawab;
    "Tak pa...tak pa...saya memang suka makan tanpa air gula", dengan suara kemalu-maluan..he..he..

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...