Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 6 Februari 2009

Sekolah Lembu


Aku pernah mengajar budak yang tak tahu membaca dan menulis. Sebenarnya aku memang suka mengajar budak jenis ni. Mereka ni lebih ikhlas dan jujur. Apa kita cakap dia akan ikut. Sekali tu aku adakan ujian membaca.

Ujian ni tak boleh buat cepat kita kena dengar satu demi satu apa dia sebut. Kadang-kadang sampai rasa nak tertidur. Tapi banyak pengalaman melucukan. Salah satunya apabila seorang pelajar india ni membaca perkataan SEEKOR LEMBU. Punya teruk dia nak eja Seekor tu. Se se se tak lepas lagi se se se tak lepas lagi. Bila nak lepas ni.

Aku pun suruh eja lembu. Laju pulak mungkin sebab lembu dekat dengan kehidupan dia. Kemudian aku suruh eja SEEKOR balik . Kali ni laju. Tapi sebutan tak betul lain tulis lain eja. Dengan konfiden dia sebut SEKOLAH LEMBU.

Aku tak tahan dah. Nak gelak kesian kat dia. Last-last aku cakap kat dia nak pergi tandas. lepas aku gelak puas-puas. Balik rumah aku terfikir Mungkin ada kut SEKOLAH LEMBU. Macam sorang lagi budak aku bila buat ayat je mesti ada perkataan kambing. Rupa-rupanya baru aku tau bapak dia bela kambing. Mungkin juga satu hari nanti dia nak buat sekolah untuk lembu mana tau kan

1 ulasan:

  1. ni ori punya SEKOLAH LEMBU.pecah perut satu family

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...