Nuffnang

Pengikut

Ahad, 8 Februari 2009

Aku, Taukeh kaset dan Sungkai


Secara keseluruhannya Pekan sungkai masih macam dulu jugak. Deretan bangunannya, stesen bas mengundur dan pemandangan tak banyak yang berubah. Namun ada juga pembaharuan bagi mereka yang dah lama meninggalkan sungkai. Masjid dah baru, market ikan dah berubah lokasi begitu juga balai polis. Yang aku paling teruja bila tengok stesen keretapinya.

Ada juga taukeh-taukeh lama kedai di sungkai yang masih hidup. Ada juga yang dah mati. Taukeh tempat aku buat seluar dan baju rupanya dah lama mati (Lok Kee).

Semalam juga aku pergi pasar lambak kat sungkai. Sebenarnya agak lama aku tak pergi pasar lambak ni. Aku memang malas nak pergi. Sesak dan ramai orang. Dalam banyak-banyak orang yang berniaga tu aku tertarik dengan gerai yang juat kaset. Aku tengok cina yang jual tu masih ada.

Kalau tak silap aku dari zaman aku sekolah rendah aku dah beli macam-macam kaset dengan dia. Dulu tak de CD. Masa tu pasar lambak masih dalam pekan sungkai. (Dekat pasar ramadhan sekarang). Kalau tak silap aku pasar lambaknya hari jumaat kemudian tukar hari ahad dan bila market baru siap tukar lokasi pulak hari tetap hari ahad.

Aku tengok taukeh kauset ni masih maintain. Semuanya sama macam dulu. Cuma sekarang banyak CD walaupun kaset masih ada. Mula-mula aku beli kaset rock di sinilah. Ruasty Blade Ikrar Perwira. Aku harap dia akasn terus ada. Dia ni dah macam ikon pasar lambak sungkai.

2 ulasan:

  1. Salam kenal.. pertama kali kemari.. maaf, sungkai ni kat perak kan?

    BalasPadam
  2. ya kat perak. dekat ngan taman rekreasi air panas trap sungai klah

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...