Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 Februari 2009

Akira Jimbo - The Best Drummer In The World



Negara matahari terbit atau Jepun banyak menghasilkan insan-insan kreatif yang karya mereka menjadi masterpiece. Umpamanya Kitaro yang menggegarkan dunia dengan irama-irama alamnya. Begitu juga dengan Loudness yang banyak menghasilkan lagu-lagu yang menjadi evergreen hingga kini.

Beberapa tahun lepas member aku ajak tengok konsert Yamaha. Sebelum tu ada bengkel Drum. Oleh kerana tak de nak buat apa aku pun mengikuti bengkel tu. Pada kain rentang tu tertulis Akira Jimbo. Sapa pulak mamat ni. Sebelum tu dah bertembung dengan Hillary Ng(dia nak pergi sound check). Orangnya kurus dan selalu tersenyum. Bila dia mula main drum tu perghhhhhhh..... tak tau nak cakap bestnya. Perfect.

Snair, paddle dan cymbal semua berbunyi serentak. Memang best la. Lepas tu aku mula surfing internet cari maklumat tentang akira jimbo. Media barat mengiktiraf Akira Jimbo pemain drum kedua terbaik di dunia selepas Dave Weckl.

Bagi aku akira lagi best. The Best Drummer in The World. Akira ni merupakan anggota kumpulan muzik Cassiopeia .Kepada Temizi Rafie drummer juga dia ni ( sesiapa yang mengenali) tengok lah permainan akira ni. Kalau nak tengok dia main klik kat bar video di atas atau di bawah

1 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...