Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 4 September 2009

Lemang vs ketupat palas vs mambang





Puasa baru beberapa hari, raya pun jauh lagi. Tetapi rata-rata penjual kuih dan biskut raya dah mula berperang. Dalam kunjungan ke Greentown Mall (pada 7 puasa) baru-baru ni menimbun kuih di jual. Macam-macam warna ada mambang kuning, mambang merah, mambang hijau, mambang biru laut dan mambang cokelat.

Bentuk kuih pun macam-macam ada yang mambang bujur, mambang pendek, mambang empat segi dan mambang bersegi-segi serta kuih mambang orang yang tak de gigi. Sekali imbas tak percaya rasanya boleh laku ke terlampau banyak sangat. Namun menurut penjual kuih, biasanya lagi seminggu nak raya kadang-kadang mereka terpaksa tambah stok baru. Maknanya habis la tu.

Dalam perjalanan pulang aku lalu di depan GreentownMall. Kelihatan di seberang jalan sperti gunung biskut yang terdapat di dalam gerai yang memanjang sepanjang jalan. Takut aku negoknya. Cepat-cepat aku berpaling dan berkata Cobaannnnnnnn....

"Wow Ini macam berniaga biskut lagi untung dari berniaga unta" Kata hussin Lempoyan Wow heh... heh... heh..... . Aku memang tak teringin nak beli memandangkan kebanyakan kuih moden yang susah benor aku nak nyebut namanya.

Anak aku yang kecik (n0. 4) lebih suka kuih klasik, buah hulu, kuih bakor, biskut makmur. Itupun yang hand made. Kalau dibuat dikilang i`m sorry.... katanya. Kuih moden yang aku sikit suka ialah kuih tart nenas. Itupun buatan tangan sorang makcik tempat aku. Kalau yang dijual di kedai jarang aku beli.

Tapi kalau lemang, rendang tok dan rendang ayam serta ketupat palas aku memang kalah. Memang aku tak tolak hantam habis-habisan. Raya ni aku tengah fikir macam mana nak mengurangkan makan lemang dan rendang. Kawan-kawan ada cadangan ke?

3 ulasan:

  1. tak payah kurang..ko bedal ja njang...setahun sekali...

    BalasPadam
  2. Kalau dah kenyang sangat...ko ambik bau nyer ...ikut undang2... Sedeq Segaraga...3Abdul...

    BalasPadam
  3. aku rasa ambik jalan tengah, makan tapi berpada-pada. Alahai loman sodap nyo

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...