Nuffnang

Pengikut

Khamis, 3 September 2009

Ibu, Andai kau tahu.......betapa rindunya aku


Mengharungi Ramadhan Al-Mubarak tanpa seorang insan yang bernama ibu amat sukar rasanya. Rasa kehilangan yang amat sangat terpendam dalam lubuk hati yang amat dalam. Suara hati ini seakan-akan ingin menjerit meminta agar saat-saat manis bersama ibu kembali walau hanya untuk seketika.

Kalau dulu setiap kali Ramadhan pasti ibu akan menyajikan juadah kesukaan aku. Kadang-kadanng aku minta ibu untuk membuat makanan kegemaran aku. Puas rasanya dapat rasa air tangan ibu. Ibu juga puas melihat anaknya makan juadah kegemarnnya.

Menjelang detik-detik menyambut lebaran ibu sibuk menbuat aneka kuih dan biskut. Aku selalu menolongnya untuk membakar dan menguli serta menyedikan bahan asas sama ada kuih atau biskut. Tahu jugalah aku macam mana nak buat kuih semperit, bahulu, kuih goyang, putu kacang dan sebagainya.

Suasana ini yang aku amat rindukan sebagai seorang anak. Kadang-kadang aku berharap kalau tidak di dunia nyata, tuhan jelmakan saat-saat indah itu di dalam mimpi. Sesungguhnya aku amat merindui suasana itu.

Apabila balik ke rumah ayah melihat pinggan-mangkuk, senduk, kuali, pembacuh kek benar-benar membuatkan hati aku sayu. Terasa jauh sangat hati ini seumpama air sungai yang bergerak jauh menuju ke kuala.

Belum lagi aku melihat baju-baju lama yang pernah di pakai ibu. Ya Allah lebih memilukan hati ini dan bisa menumpahkan air mata. Tat kala aku menulis artikel 2 ke 3 kali aku sebak. Tak semena-mena air mata terus bergenang mengenangkan seorang insan agong yang bernama ibu.

Sejenak aku berada di rumah ayah aku sentiasa terbayangkan arwah ibu aku yang sedang memasak, mengemas rumah dan membayangkan mukanya yang sedang tidur keletihan setelah seharian bekerja.

Sebagai anak kadang-kadang aku terlupa mengucapkan sekalung penghargaan atau paling tidak ucapan terima kasih kepada ibu yang telah bersusah payah menumpahkan sepenuh kasih-sayangnya kepada seorang anak.

Hanya setelah ketiadaannya di dunia ini barulah kita tersedar betapa besar jasa dan pengorbanan seorang ibu. Barulah aku faham betapa betapa sayangnya ibu kepada aku Setelah ibu menutup mata buat selama-lama meninggalkan aku barulah teman-teman rapat ibu membisikkan ke telinga aku "Ri makcik tak tau nak cakap macam mana sayangnya emak kamu pada kamu". Setiap kali aku berjumpa dengan kawan baik ibu inilah antara kalimat keramat yang diucapkan pada aku.

Mujurlah di saat dia menghadapi sakratul maut aku sempat memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Entah berapa ratus kali aku memohon maaf dan air mata sentiasa berjujuran setiapa kali aku memohon keampunan. Setiap kali aku memohon maaf pasti setiap kali ibu akan menutup rapat matanya seoalah-olah dia memberi isyarat bahawa dia memaafkan aku memandangkan dia dah tak boleh berkata-kata kerana stroke.

Sehingga menghembuskan nafas terakhir dia menggenggam erat tangan aku. Terasa sedikit demi sedikit gemgaman tangannya semakin lama semakin lemah sehingga lah dia disahkan meninggal oleh seorang doktor. Dan aku terpaksa menerima hakikat yang aku sudah kehilangan seorang ibu yang amat aku sayangi. Kini aku terpaksa berdikari mengharungi hari-hari mendatang tanpa seorang ibu yang selama ini menjadi pelindung dan tempat aku mengadu nasib serta mencurahkan kasih-sayang...........

2 ulasan:

  1. Aku sebak baca kisah ni Anjang. 5hb ini genap 6 tahun kembalinya emak aku ke Rabbul Jalil. Ibu aku meninggal sewaktu menunggu kepulangan aku, dia ceritakan kepada rakan sewad yang lepas ini, anak lelakinya akan menjaga dia, dia ceritakan aku suka cari makan yang sedap-sedap.

    Kami semua tidak tahu yang dia menghidap kanser paru-paru, sehinggalah ke final stage.

    Aku kesal sampai sekarang, kerana aku tidak sempat memohon maaf. Aku pernah buat ibu aku menangis, itu yang aku kesalkan, walaupun ibu aku akui, aku anaknya yang paling berprinsip dan tegas dalam membuat keputusan. Adakala aku bermimpikan ibu aku. Sebenarnya semasa aku kecil aku lebih banyak di rumah atuk dan wan. Ada ketika aku renggang. Beberapa bulan sebelum meninggal aku belikan dia handbag, dia minta belikan di bangkok tapi aku cakap di KL lagi menarik.

    Ketika sampai ke rumah aku sujud, aku cium kaki arwah. Aku tunaikan permintaan dia semasa hidup....kalau mak meninggal jangan menangis, ingat Allah dan mengaji.

    Ramai yang rasai kehilangan arwah bukan setakat ahli keluarga. Kawan-kawan dia pernah cakap, Masjid Zainal Abidin@ Masjid Putih sunyi kerana tiada lagi suara merdu mendendangkan bacaan al Quraan. Beberapa tahun terakhir arwah Mak aku banyak menghabiskan masa di masjid bersama rakan-rakan sebaya. Selain belajar dia juga mengajar Tahsinul Quran.

    BalasPadam
  2. Bestnya cerita engko razali, kalau aku pandai tulis skrip nescaya aku dramakan cerita ni,bahagian engko pernah buat ibu menangis tu mengingatkan aku pun banyak mengguris hati ibu aku secara sedar dan tak sedar. Tentang mimpi ni kalau aku banyak sangat buat benda yang bukan-bukan arwah emak aku akan datang dalam mimpi dengan muka yang sedih. Banyak kali perkara ni berlaku. Satu lagi yang touching engko tulih Masjid Zainal Abidin @ Masjid putih sunyi kerana tiada lagi suara merdu mendendangkan bacaan al-quran. Memang tersentuh betul aku, suara yang dulunya selalu berkumandang tiba-tiba hilang buat selama-lamanya. Sedih betul rasanya.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...