Nuffnang

Pengikut

Selasa, 1 September 2009

ERTI KEMERDEKAAN DARIPADA SUDUT PANDANGAN AKU


Kira-kira 10 tahun yang dulu aku pernah mendengar satu ceramah politik yang aku rasa amat mengusik jiwa. Masa tu isu Anwar Ibrahim tengah hangat dipekatakan. Pada masa tu juga negara di ambang menyambut kemerdekaan.

Di sana-sini bendera dikibarkan. Kereta, motor, lori, bas dan lain-lain kenderaan turut mengibarkan jalur gemilang termasuk premis kerajaan dan awam. Suasana seperti ini dah tak de sekarang ni. Aku tak tahu di mana silapnya. Adakah orang Malaysia semakin tak patriotik atau ada kena mengena dengan kemelesetan ekonomi ataupun rakyat dah makin jauh ngan pemerintah yang ada.

Mungkin juga generasi baru tak berapa kisah dengan apa yang berlaku dalam negara. Ada makan ada pakai cukup. Namun hari ini apa yang aku lihat sambutan merdeka hanya penerus tradisi lalu. Ada konsert malam sambutan ambang merdeka, esoknya ada perbarisan dan perarakan kemerdekaan serta aktiviti-aktiviti tertentu sepanjang bulan meredeka.

Hanya itu perkara yang diulang saban tahun. Tiada pengisian kemerdekaan dan suntikan idea baru yang dapat menginsafkan generasi muda tentang makna dan perlunya mempertahankan kemerdekaan. Kalau dibandingkan dengan rakyat Iran kesedaran rakyat kita tentang cintakan negara dan semangat mempertahankan kemerdekaan amat nipis.

Kita hanya bercakap dimulut, sedangkan di hati dan dalam amalannya tidak menunjukkan semangat patriotik yang tinggi. Umpamanya sehingga ke hari ini rakyat Iran masih kuat memboikot produk Yahudi dan Amerika sehinggakan Coca Cola langsung tak laku di Iran.

Sedangkan rakyat kita begitu mudah menjual projek dan saham pegangan syarikat tempatan kepada syarikat asing. Tidakkah itu tak patriotik namanya. Banyak lagi perkara yang menunjukkan betapa tidak patriotik nya kita kepada negara.

Berbalik kepada ceramah yang aku hadiri tersebut. Dari jauh aku terdengar penceramah melaungkan "merdeka" "merdeka" " merdeka". Semakin dekat bunyi merdeka dah lain macam bunyinya. "mau duit ka" "mau duit ka" "mau duit ka".

Agaknya memang betul sekarang ni orang atasan dan bawahan dah tak peduli sangat tentang merdeka yang mereka tau hanya mau duit ka. Kalau tidak mana mungkin banyak pegangan saham syarikat-syarikat besar tempatan terlepas kepada warga asing.

Apa pun aku mengucapkan tahniah kepada Syed Mukhtar Al-Bukhari yang begitu tebal semangat patriotiknya apabila sanggup membeli saham syarikat asing dalam Bernas (Beras Nasional Negara) demi maruah negara. Macam ni lah baru ada ikhlas semangat mau merdeka dan bikin serupa cakap. Yang lain banyaknya MAU DUIT KA.

5 ulasan:

  1. pd mlm 31 ogos ramai org melaungkan
    mauduit ka
    mauduit ka
    mauduit ka
    hehe
    lun agak berstuju ng pndangan anda

    BalasPadam
  2. semangat di mulut je tidak lagi di hati

    BalasPadam
  3. mesti la mau duet ckgu..xde duet xbole hidup.. haha

    BalasPadam
  4. kemerdekaan bukan hanya bebas dari segi fizikal pada masa dahulu tetapi juga bebas dari segi mentaliti pada hari ini.Adakah nilai kemerdekaan itu sama dengan nilai wang??sudah tentu tidak dan sekiranya anda memilih wang untuk semangat patriotisme terhadap negara atau semangat kemerdekaan anda,ini bererti anda belum mencapai kemerdekaan dalam diri anda,seterusnya anda belum memahami erti kemerdekaan sebenarnya.

    BalasPadam
  5. kemerdekaan bukan hanya bebas dari segi fizikal pada masa dahulu tetapi juga bebas dari segi mentaliti pada hari ini.Adakah nilai kemerdekaan itu sama dengan nilai wang??sudah tentu tidak dan sekiranya anda memilih wang untuk semangat patriotisme terhadap negara atau semangat kemerdekaan anda,ini bererti anda belum mencapai kemerdekaan dalam diri anda,seterusnya anda belum memahami erti kemerdekaan sebenarnya.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...