Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

Sajak,sajak dan sajak. boringnya aku (SELAMAT HARI GURU 2009)


Aku tak tau nak tulis apa tentang hari guru ni. Sebabnya kalau nak tulis banyak sangat kenangan dan pengalaman pahit dan manis sepanjang jadi guru ni. Biarlah aku tulis dalam bentuk cerita-cerita dari semasa ke semasa.

Namun sambutan hari guru tahun ni aku bertungkus-lumus menyiapkan persembahan murid-murid. Bukan apa setiap tahun aku tengok persembahan murid dan guru ni suam-suam kuku dan membosankan. Sekadar di pinggiran dan melepaskan batuk di bawah tangga. Sajak,sajak dan sajak. Boring bro......

Tahun ni aku menyahut cabaran untuk menyediakan satu persembahan yang mantoooppp. Hampir dua minggu aku balik lambat. Mentrain dan membetulkan semua aspek persembahan. Insyaallah tahun ni persembahan pasti gempak. Tadi ada reharsal akhir. Walaupun ada juga kelemahan sana-sini tapi rasanya untuk tahap persembahan pelajar sekolah kira ok le tu.

Persembahan opening lagu mentera semerah padi, ada budak-budak bersilat, sambil tu seorang cikgu seni (Cikgu Leonard Darimi) akan buat lukisan abstrak. Lukisan abstrak ni ada tulisan selamat hari guru dibelakangnya dan terus akan jadi back drop. Konsepnya Sifu dan anak murid.Kalau tengokkan reharsal tadi memang gempak dan menghiburkan.

Kemudian banyak lagi persembahan yang menggempakkan yang aku kira memang ada kelainan la tahun ni. Jadi tahun ni aku rasa aku lebih dekat dengan hari guru kerana aku adalah sebahagian hari guru itu. Kalau dulu aku hanya jadi pemerhati dari jauh. Orang suruh nyanyi lagu hari guru aku nyanyi. Suruh dengor pengetua baca perutusan yang memboringkan aku pun dengo la jugak.

Tahun ni aku merasai setiap denyut nadi sambutan hari guru. Apa yang lebih penting aku berkongsi idea, rasa dan jerih payah nak menyediakan satu persembahan yang mantooopppp. Aku rasa lebih rapat ngan anak murid. Satu perasaan yanag tidak boleh terbayang dan terucap dengan kata-kata.

Apa-apa pun terima kasih kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu aku Cikgu leonard Darimi yang menyedikan prop dan membenarkan bilik seni menjadi gelanggang latihan kerja-kerja seni serta berkongsi ide-ide kreatif. Juga rakan lama aku Wak Badrul yang terus menyuntik semangat dan kata-kata rangsangan yang hebat. Juga anak murid yang banyak membantu Wan Amirul, Jackie ang the gang dan Mastura dengan suara emasnya serta lain nama yang aku tak ingat.

Semoga hari isnin ni persembahan kita akan success.......... Selamat Hari Guru 2009

2 ulasan:

  1. ok le ko ade persembahan .... tempat aku hampehh.... untuk sambut ari guru... dalam masa 2 jam aje...... apa nak kata,,,,,,
    Yang Menurut Perintah
    Sabor aje le...

    BalasPadam
  2. sabo aje le. aku pun boleh buat sebab ada team cikgu yang faham aku dah boleh buat kerja ngan aku. kalau tidak maleh juga aku.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...