Nuffnang

Pengikut

Isnin, 18 Mei 2009

HPA di MIHAS




Berbanding MIHAS tahun lepas Booth HPA MIHAS tahun ni lebih canggih, luas dan kotemporari. Misi HPA ke arah mengeluarakan 500 produk halalan toiyyiban mungkin tercapai tahun ni. Pelancaran lampin pakai buang keluaran HPA serta banyak lagi produk dalam peringkat kajian membuktikan komitmen HPA untuk menjadi peneraju produk halal.

Sehubungan dengan itu, aku pun teruja sangat nak ke booth HPA untuk melihat produk terbaru dan info-info terkini HPA. Memang aku dapati banyak produk baru umpamanya jus guava merah jambu yang menarik minat aku. Aku pun membelek-belek jus tersebut sambil mengharapkan promoter HPA memberikan sedikit penerangan.

Aku agak kecewa Promoter tu langsung buat tak tau. Entah kerja apa yang dibuat aku pun tak tau. Hampir 2-3 minit aku disitu sambil melihat dan memegang produk-produk lain. Apatah lagi aku merupakan ahli HPA serta pernah jadi stokis sati ketika dahulu. Buat masa ini memang banyak aku menggunakan produk HPA sudah tentu aku ada banyak pertanyaan tentang produk-produk tersebut.

Namun aku hampa dengan sikap promoter syarikat bumiputra islam yang memperjuangkan produk halalan toyyiban yang langsung tak friendly dan acuh tak acuh terhadap pengunjung macam aku. Hj Ismail taukeh HPA tak boleh biorkan perkara ini. Sekali-sekali kena tengok anak buah di bawah. Jangan kerana perkara-perkara kecil macam ni menjadikan senjata pesaing-pesaing menjatuhkan HPA. Ingat HPA pernah mengalami zaman kejatuhan. Sejarah berulang.

Jatuh bukan sebab tak kuat tetapi kerana sikap dan kerna perkara-perkara remeh seumpama ini. Apa pun takniah kepada HPA yang semakin berkembang maju dari sehari ke sehari. Mai secawan.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...