Nuffnang

Pengikut

Selasa, 19 Mei 2009

Ikan Masin


Aku juga mengajar BM untuk kelas pertengahan. Sudah tentu aspek penulisan amat dititik beratkan. Terutamanya penjanaan idea tentang apa yang nak di tulis. Biasanya bahan yang aku bagi ringan dan tidak membebankan. Untuk menggalakkan mereka menulis biarkan mereka menulis apa sahaja. Jangan kira tatabahasa dan ejaan.

Kalau tidak mereka akan takut untuk menulis dan akhirnya malas menulis. Kalau dari dalam diri mereka tak mau menulis memang agak susah. Kena datang dari dalam diri. Selalu aku cakap "kita kena paksa diri kita menulis dan cuba menulis walaupun pendek".

Selepas tu baru lah kita betulkan sikit demi sikit gaya, aspek tatabahasa dan ejaan. Itupun pembetulan yang paling ringan sekali. Semuanya perlu berlaku dalam suasana santai. Konsep `Personal Coaching` perlu dilakukan. Seorang demi seorang. Memang lambat tetapi hasilnya pelajar boleh menulis. Kalaupun tidak baik cukuplah pada tahap sederhana pun dah kira ok.

Dalam bab menanda ni yang kadang-kadang cukup gelihati melihat apa yang ditulis pelajar. Macam-macam benda yang keluar dan salah satunya aku tuliskan di bawah ni. Tajuknya Memancing.

Esok harinya saya dan ayah pergi memancing. Kami memancing laut. seronok betui rasanya. Ikan yang kami dapat ikan sepat, ikan haruan, ikan keli dan ikan masin.

Walaupun ikan yang ditulis bukan ikan laut aku rasa tak pa lah kerana masih lagi ikan. Maknanya dia faham konsep. Tapi bila dia sebut ikan masin aku rasa tak boleh tahan. Rasa nak pecah perut.Aku bagi tau orang rumah, orang rumah aku gelak. Anak-anak aku baca pun sampai nak terkencing gelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...