Hari ini aku kehilangan seorang lagi jiran yang kembali telah ke rahmatullah. Aku panggil dia ni Pak cik usup. Dia bekas Driver Dato` Seri Junus Wahid mantan Adun Slim yang kontroversi satu ketika dulu.
Orang yang mula-mula pakai kereta kat tempat aku pakcik usup. Merasa la juga masa kecik-kecik aku naik kereta dia. Kereta dia ni selalu meragam. Kadang-kadang kena tolak dulu baru hidup enjinnya. Aku and the gang lah yang selalu menolaknya. Sebagai balasan dia bawak kami naik kereta ronda-ronda. Kadang-kadang singgah kedai dia beli gula-gula.
Zaman dulu kalau dapat naik kereta kira hebat la. Tak tau nak digambarkan keseronokannya. Dapat pulak gula-gula seronoknya. Memang zaman tu semua orang hidup dalam kesusahan. Elektrik tak de, air tak de, jalan pun berlubang-lubang. Kalau ada kereta mewah le kiranya tu.
Satu lagi Pak Cik Usup ni jadi posmen kalau emak dan ayah aku nak hantar barang semasa aku sekolah di ipoh. Sebab masa tu dia kerja ngan Junus Wahid. Pernah sekali dia cari aku sampai jumpa sebab nak bagi buku sejarah takut nanti aku ketinggalan dalam pelajaran.
Masa aku kahwin pun pakcik Usup pergi satu kereta ngan famili dia ke kenduri kahwin aku di Jelai Batu Kurau. Pak Cik usup ngan Famili aku agak rapat jugak. Banyak juga dia meminta pandangan orang tua aku dalam satu-satu hal.
Masa menghantar ayah dan emak aku menunaikan ibadat Haji Pak Cik Usup lah yang jadi drivernya. Banyak sangat aku terhutang budi ngan Pak Cik Usup ni. Cuma aku terkilan masa sakitnya aku tak dapar nak ziarah kerana kesibukan tugas-tugas dunia.
Bila aku melihat kuburnya tadi aku rasa sayu dan sedih kerana hilang lagi seorang yang banyak aku terhutang budi. Kadang-kadang Pak cik Usup ni jadi muazzin kat masjid. Terdengar-dengar suara dia melaungkan azan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan