Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 29 Mei 2009

Waya Putus 2


Aku sambung lagi kisah cikgu putus wayar tu. Sejak kedatangan dia macam-macam benda yang dibuatnya. Kalau di tegur benda yang dibuat tu salah ada je alasannya. Satu-satu tugas dan benda baru yang kita nak terangkan kat dia, dia kata tak payah semua dia dah tau. Bila perkara itu dilaksanakan amatlah menyimpang daripada arahan yang diberikan.

Fening memang feninglah. Satu peristiwa yang agak melucukan berlaku semasa sambutan hari guru tahun lepas. Biasalah bila sambutan hari guru pelajar-pelajar akan buat macam-macam persembahan utuk menghargai jasa guru.

Bila sampai giliran persembahan guru, tak de guru yang nak naik buat persembahan. Entah macam mana ada lah sorang pelajar melaungkan nama guru ni untuk buat persembahan. Dengan penuh confident dan bangga dia mencapai microphone serta menyanyikan lagu Inggeris.

Kalau tengok pada gaya penuh penghayatan. Siap pejam-pejam mata dan tangan di angkat ke atas dan ke bawah. Kadang-kadang di genggamnya tangan. Mungkin dia menjiwai lagu itu.Namun suaranya tuhan saja yang tahu. Langsung tak sedap. Tak usah lah cerita bab pitching dan sebagainya. Nak dengo pun tak lalu. Suara katak ong ong tu lagi sedap.

Apa lagi budak bukan main sorak le. Bila dengor je sorakan yang kuat lagi dahsyat le dia nyanyi. Dia tak tengok kat bawah pentas semua orang tengah ketawakan dia. Habih je persembahan dia turun dengan bangga sambil lambai-lambai tangan. Macam artis la pulak. Cikgu oh Cikgu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...