Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 29 Mei 2009

BALASUNGKAWA ABDUL HAMID BIN AHMAD


Hari ni sorang lagi member minum kedai kopi aku kembali ke rahmatullah. Terkejut dan sedih aku mendengarnya. Namun memang dia dah lama menderita kanser tekak. Masa aku jumpa dia baru-baru ni badannya kurus. Makan pun gunakan tiub. Memang sedih aku tengok dia. Terngiang-ngiang lagi katanya 3 kali kimoterapi sihat lah dia. Rupanya...........

Dia ni dulu kerja posmen. Kemudian dia dapat medical board kerana penyakit nye itu. Dalam masa yang sama dia juga mengusahakan kantin Sekolah Menengah Choong Hwa Bidor. Dah hampir 10 tahun dia bertahan disitu. Lembaga pengelola sekolah tak mau lepaskan dia kerana masakannya yang sedap dan sikapnya yang senang bertolak ansur.

Dia ni juga seorang aktivis politik semasa zaman Dato` Seri Junus Wahid jadi ADUN. Apa pun aku amat respect kat dia ni kerana dia bijak mencari ruang dan peluang dalam perniagaan. Sikap nya yang sederhana dan mudah didekati menjadikan dia disukai kawan dan lawan. Sama-sama lah kita membacakan alfatihah.......

2 ulasan:

  1. Alfatihah untuk arwah Abah saya.

    BalasPadam
  2. Wan Pb.....Arwah abah seorang yang baik orangnya....Al-Fatihah......

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...