Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

BOOTH PALESTINE



Dalam banyak-banyak booth aku tertarik ngan booth PALESTINE yang berlatarkan batu-bata. Mungkin menggambarkan negara mereka yang selalu di serang oleh Israel. Mungkin juga menggambarkan kesengsaraan yang mereka hadapi.

Produk yang dipasarkan ialah minyak Zaitun yang sememangnya minyak yang baik dan sihat. Kalau anda mempunyai masalah kolestrol tinggi ambiklan minyak zaitun satu sudu teh setiap pagi. Insyaallah boleh menurunkan kolestrol. Tetapi kena amalkan setiap hari.

Aku juga peminat minyak Zaitun. Buat masa ni aku gunakan minyak Zaitun syarikat Layali dari Turki. Tetapi harganya mahal sikit. Kat Booth PALESTINE di jual agak murah. Aku cuba tanya kepada promoternya dan memang biat aku nak beli minyak tu.

Promoter ni tak layan aku. Dua tiga kali aku tanya.Dia buat tak tau je. Botol yang aku pegang dia ambik balik.Mungkin sebab aku tak pakai tali leher dan berkot. Macam biasa aku cuma pakai t-shirt dan sandal. Memang panas hati. Daripada kesian kepada PALESTINE aku naik marah pulak. Terus tak jadi beli. Padan muka engko Pak Arab. Dalam keadaan negara huru-hara tak tentu hala pun nak berlagak. Boleh blah la woii.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...