Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 8 Mei 2009

Sambungan Eksiden 1997


Selepas eksiden malam tu, aku di tempatkan di wad kecemasan Hospital Kajang. Sambil menunggu doktor sampai baru terasa balik perut yang lapar tadi. Tuhan aja yang tahu betapa laparnya aku. Nak makan tak boleh sebab mungkin nak kena operate malam tu.

Sambil menahan lapar aku nampak mat rempit tu diusung masuk. Dia dalam keadaan tak sedarkan diri. Aku dapat tahu kedua-dua kaki dan satu tangannya patah. Kalau aku boleh bangun mahu aku smack down sekali bior patah semuanya. Sambil tu nampak juga ramai geng-geng dia datang. Sakit betul hati aku sambil menahan lapar.

Kemudian geng-geng aku ada juga datang. Mad mie(sekarang pengurus bank Islam) dan Brother Kelantan aku tak ingat nama dia (Sekarang pegawai kanan TNB di Kelantan). Masa ni aku terbayang Emak, Ayah dan Bini kat kampung yang sarat mengandung. Apa yang menakutkan aku adakah kaki aku akan di potong. Ya Allah Tolong lah aku (baru ingat tuhan)

Malam tu juga aku dapat tahu aku terpaksa dipindahkan ke Hospital Klang kerana di Kajang tiada pakar. Masa aku nak diangkat ke Ambulance tuhan aja yang tahu betapa sakitnya kaki yang patah tu. Sampai kat Klang perut aku bertambah lapar. Nak minta air pun tak de sapa nak aku suruh sebab kat Klang ni pesakit punya la ramai.

Aku pun tak dapat katil. Cuma diletakkan di atas stretcher sahaja. Akhirnya aku tetidur dan sedar pada pagi esoknya. Doktor yang merawat aku cakap aku akan di operate pagi tu tengah tunggu bilik bedah kosong. Lapar, takut,sayu,sedih, marah bercampur baur. Apa tah lagi aku menghadapi saat-saat macam ni seorang diri tanpa ada orang tersayang di sisi.

Kira-kira pukul 10.00 pagi doktor tu kata bilik bedah masih tak de kosong. Pembedahan terpaksa dilakukan dalam wad je. Kesemua kelengkapan pembedahan telah disediakan. Doktor suruh aku bilang 1-10 dari belakang sambil sedut gas. 10,9,8,7,6, aku dah tak sedor.

Bila sedor aku kat wad sambil kaki aku tergantung dan satu batang besi kat tulang berhampiran lutut terpacak. Pada besi tu digantungkan pemberat. Aku tak boleh bergerak.Lepas tu aku nampak Emak, Ayah dan Bini aku. Aku tak tahan terus mengalirkan air mata. Lepas tu barulah aku dapat makan.

Keluarga aku cuba mintak transfer ke ipoh. Pihak hospital benarkan tapi atas risiko sendiri. Keesokannya kaki aku disimen sebagai persediaan nak ke Ipoh. Peristiwa ini memperlihatkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan ayah serta isteri yang akan ku kenang sepanjang hayat. Betapa susahnya mereka menguruskan aku . Ya Allah kau berikanlah belas kasihan dan ihsan mu kepada arwah ibuku yang telah banyak berkorban untuk diriku. Al-fatihah........... (Bersambung lagi esok)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...