Nuffnang

Pengikut

Isnin, 25 Mei 2009

MEE KARI-ZUL KATIB




Kalau bercerita tentang mee kari aku rasa mee kari zul katiblah yang paling sedap, lazat dan menyelerakan. Asalnya aku bukanlah peminat mee kari.Namun bila aku rasa mee kari Zul Katib terus tak boleh lupa. Memang nalerke....

Mulanya Zul Katib ni berniaga di gerai depan stesen bas Tg. Malim. Memang ramailah orang yang makan mee kari. Berhampiran kedai Zul Katib terletak pula warung nasi lemak yang famous di Tg. Malim.

Apabila jalan dilebarkan maka kedai-kedai di depan stesen bas Tg. Malim terpaksa dirobohkan. Agak lama juga aku tak makan mee kari ni kerana aku tak tau di mana dia berniaga selepas itu.

Kemudian satu petang member aku ajak makan mee kari sedap kat hentian rehat ulu bernam. Kami pergi ikut jalan belakang (melalui kebun kelapa sawit). Bila sampai kat hentian rehat aku nampak tertera tulisan Zul Katib. Baru aku tau ropanya Zul Katib berniaga kat R& R Ulu Bernam.

Selain Mee Kari kedainya juga jual nasi campur. Sedap jugak sebab lauknya fresh. Namun berbanding dulu ada satu bahan yang tak de dalam mee kari ni iaitu kerang. Kalau tidak lagi kow.

Kedai Mee kari Zul Katib bernombor 6.Kalau nak rasa pau Yik Mun yang sedap tu anda boleh berkunjung ke kedai nombor 2 tak payah nak masuk ke Tg. Malim. Nak rasa masakan western berkunjung ke kedai nombor 4 TM western Food (kedai ni milik kawan arwah Emak aku).

Kalau singgah ke R&R Ulu Bernam cuba lah Mee Kari Zul Katib. Betul-betul Holiyau..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...