Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 22 Mei 2009

KEMBARA SENIMAN JALANAN








Kembara seniman jalanan merupakan filem tahun 80-an yang aku cukup minat. Filem ni pernah menjadi fenomena sehingga dianggap filem generasi baru. Ditayangkan diseluruh malaysia pada february 1986. Watak utamanya Bujang(M.Nasir) dibantu oleh Osman Tikus (Pyanhabib), kumpulan Sweet Charity dan Search.

Filem ini diarahkan oleh Nasir Jani dan skrip filem ini ditulis oleh M.nasir sendiri.Filem ni sarat dengan idea bagaimana berjuang untuk terus hidup. Memepertahankan prinsip. Lagu dan sajak Balada Osman Tikus cukup melekat dalam kepala aku. Ingat lagi gaya deklamasi sajak bersahaja Pyanhabib.

Kumpulan Search juga baru je menempa nama dalam arus perdana dunia muzik yang dipenuhi muzik-muzik meleleh dan kumal.. Search meletup-letup dengan album pertama Cinta Buatan Malaysia. Dicorong-corong radio kerap memutarkan lagu Kejora dan Balada Pemuzik Jalanan. Tentu kome masih ingat lagi lentikan badan Amy dalam filem tu ketika mengalunkan lagi Balada Pemuzik Jalanan.

Menurut rakan karib aku Cikgu Zainol (Sentiasa hidup dalam blues) Filem ni banyak mempengaruhi hidup dia sehinggalah berjaya menjadi artis seni serta menghasilkan karya-karya seni hebat yang pernah terpamer di Galeri Petronas dan Balai seni Lukis negara.

Daripada segi pakaian, falsafah hidup serta pandangan terhadap alam begitu kuat mempengaruhi kawan aku ni. Begitulah hebatnya pukulan filem ini. Disinilah aku juga mengenali semangat Bujang/Jebat (watak M.Nasir) dan mula meminati karya agung M.Nasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...