Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2009

Beer dan champagne HALAL







MIHAS 2008 aku dah tengok beer halal ni. Namun tak menarik perhatian aku sangat, jadi aku pun buat tak kisah la. Tapi MIHAS 2009 produk beer halal ni di promotekan secara besar-besaran. Kalau tengok pada tin dan baunya sama je macam yang tak halal. Aku nak test gak tapi tak confident sebab bau dia sama macam yang tak halal. Kalau kita lalu kat bar atau kedai yang menjual beer memang inilah baunya.

Produk ini merupakan produk dari Iran. Kadang-kadang Pak Arab ni riso juga nak percaya. Apapun kalau tak halal takkan boleh masuk MIHAS. Sambutan bagi setiap booth yang menjual beer ni cukup menggalakkan. Rasanya semua sold out.

Dengan adanya beer halal mungkin memberi peluang kepada orang Islam nak rasa Beer. Betul ke aku tulis ni. lain macam pulak rasanya. Dari satu sudut lain aku rasa ada juga yang tak baiknya kerana ini menunjukkan betapa kemaruknya orang islam nak minum beer. Seolah-olah bagi gambaran orang Islam nak minum beer tapi tak boleh sebab.........

Lagi satu yang yang merisaukan katalah beer ni dijual meluas di negara kita. Dalam peti ais kedai-kedai kat kampung pun ada takut ada yang ambik kesempatan memalsukan produk tersebut. Akhirnya yang halal dan haram tak boleh nak beza.

Selain beer ada satu booth yang mempromote champagne. Sebiji macam yang kita tengok dalam cerita orang putih tu. Kalau bukan di MIHAS sudah tentu kita tak boleh beza yang halal dan yang haram. Namun MIHAS kali ini beer halal dipromotekan secara besar-besaran dan sambutan di setiap booth cukum menggalakkan. Aku sampai naik riso. Teringin jugak tapi takut...........mabuk. Mabuk ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...