Nuffnang

Pengikut

Ahad, 31 Mei 2009

KOMENG : Pelawak Tersohor di Indonesia

Kalau di sebut nama Alfian Syah ramai yang tak berapa kenal Namun kalau di sebut Komeng sudah pasti hampir seluruh rakyat indonesia mengenalinya. Aksi-aksi lawak sepontan nya cukup mencuit hati dan sentiasa mampu menghamburkan gelak ketawa penonoton yang tidak henti-henti. Agak lama jug aku tak mengikuti perkembangan pelawak-pelawak Indonesia

Kalau dulu kita selalu mendengar dan menyaksikan lawak-lawak benyamin s dalam filem. Selepas itu ada lagi beberapa nama yang aku tak berapa ingat. Ada yang memang kelakar secara semulajadi, ada yang dibuat-buat, dan ada yang fizikalnya nampak kelakar tapi langsung tak kelakar.

Bagi kita di Malaysia Nabil merupakan pelawak generasi baru negara. Namun akhir-akhir ni aku rasa Nabil seolah-olah hilang sentuhan kelakarnya. Hati aku dah tak tersentuh dengan aksi kelakarnya. Macam Saipul apek masih maintain kelakarnya.

Di Indonesia antara pelawak yang menjadi fenomena ialah Komeng. Memang kelakar lawak-lawakya. Apabila dia buka mulut orang pun mula gelak dengan lawaknya yang bersahaja dan selamba.

Kombinasinya dengan pelawak lama seperti tukul dan darsono juga menjadi. Anda boleh saksikan dalam bar video diatas. Ambil yang nombor dua tu. Cuma mungkin telo indonesia yang kuat mungkin menghalang pemahaman anda tentang apa yang nak disampaikan oleh komeng.

Komeng terjun ke dalam industri hiburan sebagai DJ radio dari tahun 1993 lagi. Kemudian dia banyak menjadi juruacara majlis. Banyak sekali sinetron komedi yang dibintanginya. Antaranya

Kompor Diamor (TPI, 1991), Akal-akalan (Indosiar, 1996), Otak-Otak Kuda (TPI 1996), Malioboro (TPI, 1996), Liliput (2001), Puteri Duyung (SCTV, 2001).


Pada tahun lepas dia membintangi filem pertamanya Anda Puas Saya Loyo. Antara pelawak idolanya ialah benyamin S. Aku pun dah mula teruja dan tercuit hati dengan aksi-aksinya sebagai perlawak tersohor di Indonesia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...