Nuffnang

Pengikut

Selasa, 26 Mei 2009

HADIAH HARI GURU




Setiap kali hari guru kedai ni pasti penuh. Terdapat pelbagai cenderamata dan hadiah yang cantik-cantik dengan harganya yang sangat berpatutan serta banyak pilihan. Aku pun hampir saban tahun apabila nak menyambut hari guru disinilah tempat untuk membeli hadiah.

Agaknya dah jadi trend di sekolah-sekolah Apabila hari guru ada tukar-tukar hadiah sesama guru. Hadiah tu pulak ditentukan harganya. Sapa yang tak beli dia tak kan dapat hadiah. Kadang-kadang kelakar juga bunyinya. Macam syok sendiri pun ada dan macam perangai budak-budak pun ada.

Kedai hadiah ni terletak disebelah MAYBANK Bidor (Jalan Persatuan). Setiap kali hari guru taukeh kedai ni pasti tersenyum lebar. Bukan sahaja cikgu yang beli termasuk juga anak-anak cikgu dan anak-anak bukan cikgu yang membeli hadiah untuk dihadiahkan kepada guru mereka.

Apa yang aku perhati kalau ada 15 cikgu yang mengajar mereka maka 15 lah hadiahnya. Termasuklah anak-anak aku. Seorang ada 15 guru kali dengan empat anak. Lu fikirlah sendiri jawapannya. Wow berniaga hadiah lebih untung daripada berniaga unta (kata hussin lampoyan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...