Nuffnang

Pengikut

Isnin, 18 Mei 2009

MANTOOOOOP DAN MENGHIBURKAN


Persembahan pelajar yang aku & the gang handle berjaya mencapai matlamat. Ada yang komen "Something different, something new" ada juga yang komen "Sepanjang aku kat sekolah ni, ni lah persembahan yang terbaik". Ada juga yang memberi 2 ke 3 kali tahniah.

Aku tak tau sama ada pujian itu benar-benar ikhlas atau sekadar nak nyedap hati. Tetapi riak muka pelajar dan guru jelas menunjukkan kepuasan dan kegembiraan. Dan jauh disudut hati aku rasa persembahan pelajar dan guru berjaya mencapai standard yang aku kehendaki.

Segala-gala berjalan lancar. Cuma kamera pulak spoil. Mujurlah ada kamera kawan-kawan lain. Terima kasih kerana sudi meminjamkannya. Insyallah bila semua gambar tu berjaya aku kumpulkan aku akan masukkan dalam blog.

Bila mendengar laungan dan sorakan kegembiraan setiap kali anak buah aku buat persembahan tak tau aku nak cakap apa. Rasa terbayar penat-lelah lebih 2 minggu aku balik lambat dari sekolah. Terima kasih juga kepada Cikgu Leonard Darimi dengan persembahan bersahaja dan penuh bermesej.

Begitu juga bantuan teknikal Cikgu razak kalau tidak kaco juga aku. Terima kasih juga pada wak badrul yang menyuntik semangat aku untuk terus berkarya melalui medium ini. Dan sudah tentu terikasih aku kepada semua pelajar yang membuat persembahan, krew dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Aku terharu dengar deklamasi sajak guru yang nak bersara bulan 8 ni Cikgu Norihan dan bacaan sajak yang cukup bersemangat daripada Encik Aziz PK 1. Kalalulah semangat kerjasama ini dapat direalisasikan dalam kurikulum dan kokurikulum nescaya SMK Sg. Kruit akan kembali ke zaman kegemilangannya satu ketika dulu.

Bermula persembahan sifu dan anak buah dalam lagu mentera semerah padi, diikuti bacaan sajak penuh penghayatan oleh pelajar sehingga meremang bulu tengkok aku , kemudian disusuli tarian zapin serta persembahan gitar akustik pelajar ngan lagu anak dan wajah cukup menyentuh jiwa.

Seterusnya Deklamasi sajak guru Cikgu Norihan dan Encik Aziz, disusuli alunan suara emas Mastura mengalunkan lagu untukmu ibu bisa meruntun jiwa. Kemudian kemuncak persembahan sketsa dan lagu aci-aci bukak pintu serta diakhiri dengan lagu fikirkan boleh menyemarakkan semangat SMK. SG. Kruit Boleh.

Toce,toce, rumba nandri, si she dan jazakallah hu khairan...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...