Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 29 Mei 2009

Wayar Putus

Dalam dunia pendidikan kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Dari peringkat kementerian, JPN,PPD dan sekolah. Kepelbagaian ragam ini yang mewarnai dunia pendidikan. Kalau bercerita tentang budak sekolah lagilah banyak ragam dan cengkadaknya.

Hari ni aku nak cerita pada kome tentang seorang pendidik yang susah aku nak istilahkan. Macam tak betul pun, sasau pun ada senang cerita macam putus wayar. Sekolah mana aku rahsiakan. Takut juga aku mungkin dia ni FBI,CIA atau CSI. Nanti di blok nya blog aku tak dapat aku memblog lagi.Dia ni guru wanita.

Masa dia mula-mula dipostingkan di sekolah sekarang katanya dia di hantar ke situ untuk dia merubah keadaan disitu. Sebab mana-mana sekolah dia pergi dia ada tugas dam misi untuk merubah sekolah tersebut. Katanya lagi dia mempunyai banyak idea canggih.

Apa yang dia buat. Mula-mula dia mintak kat pengetua untuk tulis kata-kata hikmat kat dinding sekolah. Pengetua pun benarkan. Yang best tu semua dinding kat sekolah ditulisnya dengan kata-kata hikmat. Dia menggunakan teknik freehand. Kalau cantik tak pa. Ikut suka dia je. Aku tengok dah macam budak-budak conteng dinding. Warna yang digunakan langsung tak matching

Apa yang terlintas dalam kepala dia, dia akan tulis. Oleh kerana dia tak sukat dinding tu dengan ukuran tertentu maka ada perkataan yang tak muat di barisan pertama dia akan sambung di barisan kedua. Contohnya Sekolah ku Syurga ku. Setengah pekataan Syu kat baris atas. Sambungan rga kat bawah. Kome bayangkan lah.

Maka memang berubahlah keadaan sekolah tersebut. Hampir semua dinding sekolah di tulisnya. Berjaya juga misinya nak bawak perubahan yang besar. Sampai semua orang pening kepala tengok apa dia buat. Dia buat selamba je malah sangat berbangga dengan hasil kerja seninya yang agung itu. Mungkin ini juga yang dia katakan idea canggihnya itu. Memang Cangggggggihhhhhhhhh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...