Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 23 Mei 2009

DATUK AHMAD SHABERY CHEEK

Gambar 1: Encik Auzir dan Datuk Ahmad Shabery Cheek
Gambar 2: Encik Auzir dan Datuk Azian (Pengerusi SPNB Syarikat Perumahan Negara Berhad)
Gambar 3: Datuk Azian & the Gang
Gambar 4: Datuk Ahmad Shabery Cheek dan orang kampung
Gambar 5: Datuk Ahmad Shabery Cheek diiringi pasukan kompang
Gambar 6: Datuk Khushairi (Adun Slim) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek
Gambar 7: Orang-ramai menikmati juadah

Pada satu hari tahun 2008 aku ditelefon oleh seorang brother ni minta aku bantu dia organise satu event meyambut menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Aku pun serba salah boleh ke aku buat buat. Tambahan pula aku terus dilantik sebagai pengerusi majlis merangkap pengerusi sambutan.

Aku dah le tak Fotorgenik dan tak kacak macam member aku Yusri Bakir dan tak sepetah macam Kak Wan Zaleha Radzi yang aku minat tu. Cuak juga aku nak cakap depan menteri. Mujurlah aku ada juga pengalaman berucap depan Raja Nazrin. Maka pengalaman lama itu sedikit sebanyak memujuk hati ni "aku boleh buat".

Namun aku tak tau mengapa majlis ni pada peringkat awalnya mendapat sabotaj orang-orang tertentu hingga hampir tak jadi. Tetapi berkat keizinan tuhan majlis ni dapat juga diteruskan dengan jayanya. Kehadiran lebih seribu orang walaupun anggaran awal hanya 600 orang. Maklum la masa tu lepas pilihanraya sentimen marahkan kerajaan dan menteri masih kuat.

Menu utama yang cukup laku pada petang tu ialah cendol Bidor yang famous tu. Rasanya memang sedap dan kow. Nanti aku ceritakan dalam artikel akan datang. Menu lain pun licin dan calat. Pendek kata segala-galanya mencapai objektifnya.

Habis je majlis tu aku rasa cukup puas walaupun letih yang teramat. Seminggu lepas tu masih terasa keletihannya. Shabery Cheek ni memang sempoi dan simple orang dia. Cuma aku terkilan tak dapat ambik gambo ngan dia. Tak Sempat maklum le jadi MC...................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...