Jadual waktu dan guru adalah ibarat isi dan kuku. Jadual waktulah yang menentukan pergerakan seharian cikgu di sekolah. Tanpa Jadual Waktu sekolah akan jadi haru-biru dan tenggelam punca. Selalunya jadual waktu di tampal di meja atau dalam buku rekod mengajar. Jadual keseluruhan guru dalam sesebuah sekolah biasanya di pegang satu salinan oleh pengetua.
Sebagai guru kita mesti mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan. Perubahan jadual waktu memang kerap berlaku terutamanya awal tahun. Namun kadang-kadang sehingga pertengahan tahun pun jadual waktu masih di rombak disebabkan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan tidak dapat dielakkan.
Aku nak sambung lagi cerita cikgu wayar putus dan jadual waktu. Cikgu ni memang tak pernah hirau dan kurang ambik berat tentang jadual waktu. Kadang-kadang ikut suka dia je nak masuk kelas. Banyak kali insiden dia nak masuk kelas orang lain.Ataupun orang terpaksa menunggu dia tak keluar-keluar dari kelas yang dia mengajar walaupun masanya dah habis.
Bila dia tiba di satu-satu kelas semacam dah jadi satu amalan dia akan bertanya pelajar "waktu apa sekarang ni?" walaupun kadang-kadang ada cikgu lain dalam kelas tu. Pelajar-pelajar pun kadang-kadang dah jemu nak jawab soalan. Ini menunjukkan kelemahan dia sebagai guru yang mungkin tau atau tak ambil tahu atau kurang ambil tahu tentang jadual waktu.
Ada sekali tu dia tergopoh-gapah datang ke kelas dan terus nak masuk kelas tu. Oleh kerana ada cikgu lain sedang mengajar di dalam kelas tu maka seperti biasa dia akan tanya pelajar "Waktu apa sekarang ni?". Yang best tu ada sorang budak jawab "kalau jadual waktu pun tak tau, tak payah jadi cikgu".
Sekali dengar memang kasar jawapan budak tu. Tetapi kalau difikirkan kali kedua ada kebenaran jawapan itu. Jadi Cikgu Wajib kena tahu jadual waktu. Jadual waktulah yag akan menentukan kelicinan dan kelancaran Core Business kita P&P. Kalau tidak jangan jadi cikgu.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan