Nuffnang

Pengikut

Rabu, 6 Mei 2009

Mengapa di kenang, Mengapa di Fikir-Herman Tino


Apa perasaan anda bila nak meninggalkan zaman sekolah rendah? .Masa darjah enam aku tak pernah terfikir tentang perasaan itu. Masa tu peperiksaan penilaian waktu darjah lima. Darjah enam macam honey moon la. Saja-saja seronok pergi sekolah. Kadang-kadang timbul penyesalan mengapa aku tak da perasaan tu.

Memang tidak terfikir dibenakku betapa sedihnya meninggalkan zaman sekolah rendah. Bagaimana sedihnya berpisah ngan kawan-kawan baik dan yang mungkin paling tidak boleh dilupakan ialah kita takkan dapat rasa lagi suasana sekolah rendah buat selama-lamanya.

Pada peringkat awal memang tak terasa. Namun perasaan sayu nak meninggalkan sekolah rendah ni datang semasa aku menyertai rombongan sekolah ke Melaka. Aku ingat lagi yang menganjurkan rombongan ni Cikgu Jaffar bin Kamarudin dan Cikgu Rabitah (bukan orang lain ngan aku sedara jugak).

Masa nak balik dari Melaka tu kami singgah makan kat satu kedai aku dah lupa kat mana. Kalau tak silap aku pukul 11.00 malam. Kat TV1 ada lagu Herman Tino Mengapa lah di kenang Mengapa lah difikir. Masa tu baru aku terfikir yang aku ni akan meinggalkan sekolah rendah, dan akan berpisah ngan kawan dan takkan merasa suasana sekolah rendah buat selama-lamaya.

Perasaan aku sayu sangat sampai rasa nak menangis pun ada. Yang aku heran mengapa sebelum ini aku tak pernah ada perasaan itu. Tiba-tiba bila dengo lagu Herman Tino perasaan bertukar sayu yang amat sangat. Sampai di rumah aku masih merasa sayu dan sedih. Sampai hari ni aku bawak perasaan tu dalam lipatan sejarah hidup aku.

Sampai sekarang juga peristiwa tu masih melekat dalam ingatan aku dan takkan aku lupakan sampai bila-bila. Masa tengah menaip ni pun kesayuan itu datang balik sebab aku rasa aku belum puas dan ada benda yang belum dapat aku lakukan dan terlepas untuk lakukan dalam zaman itu.

Kalau ada lah mesin merentas masa ingin rasanya aku balik ke zaman itu dan akan aku nikmati dan hayati sepuas-puasnya zaman itu. Aku nak buat apa-apa perkara yang aku tak dapat buat waktu itu. Aku nak tengok balik Cikgu Abas dan Cikgu Jaafar zaman muda. Aku nak tengok side burns panjang dan seluo beggy Cikgu Abass. Nak rasa balik kegarangan Cikgu Jaafar.Dan nak rasa juga keenakan cucur bawang nagn kuah kacang kat kantin serta menunggu makanan RMT yang lebih. Wow bestnya.

Aku nak main bola ngan kawan-kawan di padang sekolah waktu PJ dan waktu petang. Aku nak rasa suasana kelas tambahan waktu malam ngan cikgu Abas. Dan aku juga nak menyertai sekali rombongan ke Melaka anjuran Cikgu Jaafar.

Mungkin itu semua fantasi dan angan yang bermain dalam fikiran. Apa-apa pun lagu Herman Tino tu lah yang mencetuskan semua nostalgia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...