Nuffnang

Pengikut

Selasa, 1 Disember 2009

Emergency Time


Cerita 49 top 60

Aku tak ingat peristiwa ni berlaku tahun bila. Yang aku ingat arwah emak aku masih ada lagi dan pada ketika itu aku masih tinggal dengan emak aku. Dulu-dulu memang aku agak liat nak bangun sahur. Kalau bangun punselalunya pada saat-saat kecemasan. Entah macam mana satu pagi tu memang aku teringin sangat nak bangun sahur.

Mungkin disebabkan lauk-pauk yang mengancam. Sebelum tidur aku terdengor arwah emak aku nak masak juadah yang aku suka. Apalagi aku pun bersemangat la nak bangun. Kalau tidak memang payah aku nak bangun sahur. Gerak la berapa kali pun aku buat dek je.


Namun nasib tak menyebelahi aku kerana aku masih terbangun pada saat kecemasan. Apalagi punya la speed makan. Main sumbat-sumbat je. Mana nak fikir tentang makan. Mana nak fikir tentang minum. Takut-takut pulak terbabas masa bersahur yang dah nak habis.


Habis je makan masa tinggal sikit lagi. Nak bancuh air tak sempat dah. Aku pun terus capai mug berisi air yang ada kat hujung meja. Belum sempat gogokan pertama aku dah ngelupor. Ropanya bekas tu berisi ayor hangat. Mampuih aku. Mujor kena bibior je dan belum sempat telan. Kalau tidak jadi naga bore le aku. Memang berasap le jawabnya. Silap-silap boleh keluor api.

Ropa-ropanya ayor tu orang romah aku nak sejukkan untuk bancuh susu anak aku. Tu la akibatnya buat kerja dalam keadaan kelam kabut dan last minit. Padan muka aku.......

3 ulasan:

  1. Hahaha..

    Kalau dah lewat, memadai je minum ayo suam. Niat puasa, dah cukup...

    Yang penting dapat pahala, tapi ko hebat, dapat bibio meleco lagi....

    Hahahaha...

    BalasPadam
  2. takleh byg camna kelam kabutnya masa tuh hehehe.. next time kena bgn aal sikit.. leh buat overtime.. xdelah asyik emergency time jek ;)

    BalasPadam
  3. begitulah kenangan dolu-dolu semasa bulan puasa

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...