Nuffnang

Pengikut

Khamis, 17 Disember 2009

Tabik tuan :Balada seorang bapa


Encik Rahman (bukan nama sebenar) seorang anggota polis berpangkat rendah. Gajinya pula tidaklah sebesar mana. Dia mempaunyai anak seramai empat orang. Setiap hari dia bertugas di pondok masuk ke balai polis. Apabila lalu pegawai berpangkat tinggi maka setiap kali itulah dia kena tabik.

Namun kegigihannya membesarkan anak-anaknya sehingga semuanya ke menara gading amat membanggakan. Sehingg ke hari ini perwatakannya yang sederhana amat menyenangkan semua orang. Dia pernah menceritakan bagaimana caranya dia memberi kefahaman dan menyuntik semangat motivasi kepada anak-anaknya sehingga ke menara gading.

Pada satu hari dia memanggil kesemua anak-anaknya dan menunujukkan slip gajinya kepada anak-anaknya dan dia berkata "Nak ini slip gaji ayah (RM 800.00), dengan duit inilah kita makan, hendak bayar sewa rumah, kenderaan, belanja sekolah dan lain-lain keperluan"

Katanya lagi "Ayah memang tak mampu untuk menghantar kamu semua ke tuisyen seperti anak orang lain. Jadi kamu berilah tumpuan belajar di sekolah dan belajar sendiri di rumah".

"Ayah juga tak mahu kamu jadi macam ayah yang setiap hari memberi tabik hormat kepada orang atas lantaran tidak cemerlang dalam pelajaran. kalau boleh ayah nak kamu menjadi oarng yang lebih baik daripada pegawai atasan yang setiap hari ayah tabik" Tambahnya

"Ayah juga hanya mampu menyediakan makan-minum dan pakai seadanya"

Mulai hari itu pembelajaran anak-anaknya meningkat walaupun tanpa kelas tambahan seperti anak orang lain. Apa yang menariknya di rumah anak-anaknya saling bantu-membantu sesama sendiri bagi memastikan kesemua adik beradiknya berjaya dalam pelajaran.

Hari ini Encik Rahman boleh berbangga dengan kesemua anak-anaknya.



4 ulasan:

  1. Anak anak itu patut mau tabik sama itu ayah!!!
    he he...
    .
    .
    .
    .
    .
    apa la sangat tabik tu kan?
    Bandingkan dengan jasa ayah...

    BalasPadam
  2. Satu cerita tauladan yg amat baik dan bagus sekali..!!

    Teringat plak arwah ayah aku.

    BalasPadam
  3. Salam Anjang,

    Ayah aku dulu buruh Majlis Bandaran.

    Kami bukan kaya, tapi pesanan ayah yang aku ingat ialah:

    "Ayah takde harta. Komelah harta ayah. Ayah tak banyak duit, jadi kome gunalah peluang belajo ni."

    Alhamdulillah, kami masing-masing berjaya dalam bidang kami.

    Aku yakin ayah aku dah jalankan tanggungjawab dgn baik, dgn bantuan mak aku.

    BalasPadam
  4. kadang-kadang kesusahan menjadikan manusia lebih berdaya saing

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...