Nuffnang

Pengikut

Khamis, 10 Disember 2009

Sleepwalking atau Somnambulism


Pernahkah anda melihat atau berhadapan dengan situasi orang berjalan dalam tidur?. Atau ada di kalangan ahli keluarga anda yang mengalaminya?. Atau mungkin juga anda sendiri pernah mengalaminya?.

Masalah berjalan tidur ini disebut sebagai sleepwalking atau somnambulism. Majoriti mereka yang terlibat dengan masalah ini ialah anak-anak yang berumur 8-12 tahun. Namun terdapat juga di kalangan orang dewasa yang menghadapi masalah ini. Antara punca yang dikenalpasti ialah :

  • Keletihan
  • Stres
  • Gelisah
  • Demam
Aku juga pernah menghadapi situasi yang sama baru-baru ini apabila seorang anak buah aku yang hampir setiap malam berjalan dalam tidur. Perkara ini sering berlaku pada waktu tengah malam.

Anak buah aku akan berjalan ke mana-mana tempat. Kadang-kadang ke ruang tamu, dapur, dalam bilik lain di rumah tersebut dan biasanya akan tertidur di situ sehingga pagi. Pada satu pagi aku dapati dia berada di hujung kaki aku. rupanya dia berjalan daripada biliknya masuk ke bilik tempat aku sekeluarga tidur.

Mujurlah dia tidak keluar ke rumah. Mungkin kerana dia tidak sampai untuk membuka kunci pintu untuk ke luar rumah. Rupanya-rupanya perlakuannya berjalan di dalam tidur ini diwarisi daripada datuk saudaranya yang juga menghadapi masalah berjalan di dalam tidur.

Pada masa remaja penyakit berjalan di dalam tidur datuk saudaranya lebih hebat apabila berjalan ke luar rumah sambil membawa bantal dan selimut terus menuju ke kawasan semak di luar rumah dan tidur di situ sehingga waktu pagi. Bukan main lena dia tidur di dalam semak lengkap berbantal dan selimut.

Kelam kabut adik-beradik yang lain mencarinya. Setelah agak lama dicari dia ditemui sedang tidur nyenyak di dalam semak. Kalau macam ini memang parah. Sekiranya ketika berjalan dalam tidur mereka ini membasuh pinggan atau mambsuh kain rasanya ok juga. Dapatlah meringakan kerja harian ibu.

Aku akhiri artikel ini dengan sebuah kisah yang aku petik daripada sebuah forum cerita humor Indonesia tentang berjalan dalam tidur.

Seorang pasien yang memiliki penyakit aneh sedang berkonsultasi dengan seorang dokter

Pasien : "Dok, saya ini punya penyakit aneh, saya suka berjalan sambil tidur, pak Dokter bisa
memberi obat yang mujarab untuk saya"

Dokter : "Oh, itu gampang, saya punya obat yang mujarab untuk menyembuhkannya"

Pasien : "Wah ternyata ada ya pak, apa itu obatnya ?"

Dokter : "Ini obatnya di dalam kotak ini, cara pakainya, sewaktu mau tidur, Bapak cukup
tebarkan obat ini ke sekeliling tempat tidur Bapak"

Pasien : "Oh, gampang sekali ya cara pakainya, nggak pake diminum segala, memang itu
obatnya berbentuk apa Pak ?"

Dokter : "Paku payung"

Memang berkesan ubat tersebut......

5 ulasan:

  1. hahaha.. sesuai sangat ubat tuhh...

    parah tul sapa yg suka berjalan time tido nih.. salah masuk bilik, bukan kena paku payung.. kena ketuk ngan payung pon buleh jadi gaks.. hihihi

    BalasPadam
  2. Ohhh..benar.Tak musthil.
    memang Sleepwalking ni adalah penyakit yang menjadi kajian para psychologist.
    .
    .
    anak sedara tu boleh jadi bahan kajian tuh!

    BalasPadam
  3. kak tiny
    takutkan yang tidur masa berjalan tak kena, orang lain pulak yang kena.
    ashley
    Mungkin juga ada faktor-faktor keturunan kut

    BalasPadam
  4. salam. Tak pernah pula terlibat secara langsung atau tak langsung dengan pengalaman pelik tapi lucu ni. Orang macam ni memang tak sesuai duduk rumah flat. Takut jalan menonong je ikut veranda...ish...kes naya tu.

    BalasPadam
  5. terima kasih Dr. Sam singgah disini, betul tu orang macam ni naik keretapi pun tak boleh bahaya

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...