Nuffnang

Pengikut

Rabu, 23 Disember 2009

Maafkan Cikgu Ya


"Cikgu, cikgu kenal saya lagi ke?, saya anak murid cikgu tingkatan lima tahun 1998" Kata seseorang kepada aku

"Minta maaf le cikgu memang tak ingat, sapa nama kamu, kamu di mana sekarang" Aku membalas semula pertanyaannya.

"Nama saya Siti Jamilah (bukan nama sebenar), Saya dekat Melaka, saya pun jadi cikgu sekarang" Dia menambah.

Lama aku memikirkan pelajar tersebut. Akhirnya baru aku teringat pelajar ni dulunya pendiam dan berada di kelas pertengahan. Namun hari ini apabila dia menegur aku dan aku lihat lain sungguh pemnampilannya. Lebih lawa, manis dan matang.

Begitulah kebanyakan pelajar, pada zaman persekolahan bukan main selebet. Apabila sudah bekerja berubah sungguh penampilannya sehingga sukar untuk aku mengenali mereka ini. Nasib baiklah tak terngorat. Kalau tidak buek malu yo.

Jadi Cikgu ni bukan boleh buat tak tentu hala, ramai bekas-bekas anak murid yang memerhatikannya. Bukan semuanya yang menegur kita. Kebanyakannya hanya mendiamkan diri. Kadang-kadang di hotel ada anak murid. Di pejabat tanah ada anak murid. Di Pasar basah ada anak murid dan sesetengahnya pula sudah bertebaran ke lain-lain negeri.

Sebagai cikgu kita memang kena jaga perangai walau di mana berada. Kalau tidak japa yang kita lakukan akan menjadi isu seperti bekas cikgu aku yang suka berkunjung ke tempat yang tidak sepatutnya. Sehingga hari ini masih di kenang oleh bekas anak muridnya.

Bekas anak murid kita mungkin bilangannya sudah mencecah berpuluh ribu orang. Mereka semua kenal kita, sedangkan kita tidak mampu mengenal kesemuanya. Hanya yang paling nakal biasanya yang kita ingati. Bagi yang sederhana ni memang kita tak ingat.

Tambahan pula pelajar perempuan apabila tamat persekolahan penampilannya amat berubah. Yang dulu selebet kini dah cun melecun. Yang dulu diam kini dah menjadi peramah. Yang dulu tak berapa bergaya kini sudah mengalahkan artis.

Sekali pandang memang tergoda. Satu lagi ramai juga yang sudah berkahwin dan beranak-pinak. Yang jenis ni pun kadang-kadang sukar kita hendak mengenali memandangkan mereka sudah menjadi emak orang. Cikgu tetap cikgu dan kadang-kadang ada yang daripada awal posting di sekolah yang sama sehingga pencen.

Ada yang mengajar sehingga 3 generasi dalam sesuatu keluarga, bapa, anak dan cucu terutamanya bagi anak murid yang kahwin awal. Begitulah senarionya dunia perguruan..... Kepada anak murid yang berjaya cemerlang dalam PMR Saybas diucapkan. Kepada yang kurang menyerlah. Ini bukan pengakhiran dalam menempuh kehidupan mendatang. Ini hanyalah sebahagian rutin hidup yang wajib ditempuhi. Teruskan usaha dn tingkatkan prestasi.....

3 ulasan:

  1. Paling ckLah tak lupa, suatu pagi di wad bersalin, seorang doktor pelatih meminta izin untuk memeriksa jahitan ckLah. Buka-buka mata...


    Kami berdua menjerit....


    Bekas murid ckLah...

    Dan ckLah malu-malu menyerah tubuh utk diperiksa!!!!


    Bekas murid ckLah....ramai muncul semula di facebook...


    Dah masuk tahun ke 19.....

    BalasPadam
  2. Maksud ckLah..tahun ke 19 dipanggil cikgu!

    BalasPadam
  3. sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. betapa ramainya anak murid kita yang bertebaran di seluruh negara. tak terhitung banyaknya namun ini lah nikmat dan kepuasan menjadi insan bernama Cikgu

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...