Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 5 Disember 2009

Lain-lain restoran dalam rangkaian HPA


Satu lagi rangkaian restoran HPA ialah Restoran Organic recipe. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti mee sup, kue teow goreng, bihun sup dan sebagainya. Semuanya berasaskan makanan organik. Lokasinya terletak di sebelah hotel HPA yang berkonsep islamik iaitu di el-zahra inn.

HPA juga dalam usaha untuk mempromosikan Radix Sate House yang menumpukan kepada penjualan sate ayam,kambing dan lembu organik. Mungkin satenya merupakan satu-satunya sate organik yang terdapat di Malaysia.

Selain itu HPA juga dalam usaha mengembangkan rangkaian restoran nasi ayam organiknya ke seluruh negara. Rangkaian pertama di luar Sg. Petani sudah dibuka di Kluang Johor.Semasa kunjungan aku ke Sg. Petani Radix Chicken Rice tidak dibuka.

Selain itu pihak HPA juga membuka Radix Bakery House di no 36, Jalan Lagenda Height, 08000 Sungai Petani, Kedah. Radix Bakery House menumpukan kepada pembuatan kek, bun dan biskut yang berasaskan bahan organik dan halal.

Seperti yang kita ketahui bayak bahan untuk membuat kek yang agak meragukan. Seperti yang selalu aku sebutkan "Halal bukan sahaja terletak kepada pembuatnya, tetapi juga bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan".

Dengan adanya Radix Bakery House ia akan dapat menghilangkan semua keraguan kita tentang kek, bun atau biskut yang kita beli daripada kedai yang diragui bahan-bahan pembuatan kek tersebut.

Radix Bkery House juga dalam usaha untuk memasarkan produk kacang tumbuk dan kacang potong yang benar-benar halal dan tidak meragukan. Kebanyakan produk tersebut yang ada di pasaran dihasilkan oleh bangsa asing yang tidak diketahui status halalnya.

"Halal bukan sahaja terletak kepada pembuatnya, tetapi juga bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan".

2 ulasan:

  1. Banyak rupanya premis HPA ni....



    (ckLah baru je jadi ahli....kedai kat Teluk Intan tulah satu-satunya yg ckLah ulang..)

    BalasPadam
  2. sebenarnya ada banyak lagi bisness yang dijalankan oleh pihak hpa selain perniagaan restoran. Tahniah cklah kerana telah menjadi warga HPA

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...