Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 18 Disember 2009

Beg kosong



Suatu hari aku bersembang dengan seorang rakan guru sekolah lama aku. Bukan main rancak kami menyembang maklumlah lama tak jumpa. Macam-macam topik yang kami bincangkan. Terutamanya perkara-perkara yang melibatkan disiplin pelajar.

"Ri engko perasan tak sekarang ni semakin ramai budak yang datang sekolah tak bawa buku, beg kosong, seluar kaki kecil dan rambut tercacak" katanya kepada aku

"Ha ah betul la kamis (bukan nama sebenar), aku sebenarnya dah lama perhatikan masalah ini, apabila tidak diambil tindakan perkara ini akan berjangkit kepada pelajar lain, semakin hari semakin ramai" Aku menambah.

"Apa yang menghirankan aku, semasa pergi ke sekolah emak bapak tak tanya ke mengapa bawa beg kosong, atau boleh ke pakai seluar kaki kecik dan boleh ke rambut tercacak ke sekolah" tambahnya lagi.

"Betul juga takkan emak bapak tak tegur, Mungkin juga emak bapak dah tak boleh tegur dan hanya menyerahkan kepada pihak sekolah." aku menambah.

"ini yang tak betulnya takkan nak serah pada pihak sekolah 100%. Dulu ri aku pernah tangkap budak kes disiplin dan panggil ibu bapanya datang ke sekolah, engko tahu apa bapak nya cakap" member aku berkata dengan penuh semangat.

"Dia kata apa?" aku bertanya.

"Bapaknya kata Cikgu saya dah tahu nak buat apa dan tak larat nak tegur , saya hanya harapkan pihak sekolah untuk membetulkan anak saya" ceritanya kepada aku.

"Kalau pakcik pun dah larat dan tak boleh tegur anak, saya pun lagi tak larat juga nak menegur dan membetulkan anak pakcik. kami di sekolah pun ada pelbagai kerja hendak dilakukan termasuklah menjaga disiplin anak pakcik. dan masa kami terhad di sekolah sahaja, selepas itu sepatutnya tanggungjawab ibu bapa" kata kawan aku.

Jadi satu kesimpulan yang aku boleh buat emak dan bapak hari ini takut hendak menegur anak-anak tentang kesalahan yang dilakukan, Takut merajuk, takut lari dari rumah dan mungkin juga membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak begitu sahaja.

Maka kegagalam mereka mendidik anak-anak di sekolah dipindahkan pula kepada pihak sekolah. Sepatutnya kita sama-sama bertanggungjawab. Jangan dibiarkan lama untuk menegur kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Sebaik dia buat kesalahan maka terus tegur. Apabila dia sudah melakukan kesalahan kemudian baru ita nak menegur maka anak-anak akan memberontak dan marahkan ibu bapa.

Oleh itu janganlah serahka 100% masalah anak anda kepada sekolah.

4 ulasan:

  1. Kes budak yang baling kerusi kat cikgu pun dah ada. ila diberitahu pada bapaknya, cikgu pulak yang disalahkan. Mati matian pertahankan anaknya..

    BalasPadam
  2. Budak-budak lelaki selalu bawa beg kosong ni...
    Saya perhatikan murid-murid sekolah jiran depan saya tu...St Anthony!

    BalasPadam
  3. Kami selalu buat 'spot-cek' beg murid kami...
    Budak perempuan, lain pula ceritanya....


    Sekarang ni, murid suka membawa pendrive dan seumpamanya.....bila cikgu tengok kandungannya...Astaghfirullah....

    BalasPadam
  4. Ashley
    itu yang menghairankan aku kadang-kadang dah sah-sah salah anak dia tetap dipertahankan

    xiiinam
    Ini juga menghairankan aku, takkan emak bapak tak nampak anak bawa beg kosong ke sekolah.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...