Nuffnang

Pengikut

Selasa, 8 Disember 2009

Aku tetap sangsi dengan dengan roket

Aku pun tak paham mengapa orang kita suka bergaduh. Apa faedahnya atau apa yang kita dapat. Seronok juga aku mendengar wartawan indonesia bercakap dalam buletin utama tadi katanya. Pulau pinang hancur batam hancur, Kuala lumpur hancur jakarta hancur.

Betul katanya itu apa faedah negara serumpun bergaduh. Yang tepuk tangan negara pulau yang kecil tersebut hanya sebesar setengah Negeri Melaka. Memang dia suka tengok kita bergaduh. Lagi kuat kita bergaduh lagi mereka akan seronok.

Di dalam negara pun sama orang lain bergaduh main-main. Kita bergaduh betul-betul. Siapa yang rugi. Orang kita yang rugi. Opsssss jangan cakap macam tu nanti dikatakan perkauman. Orang lain bercakap tak pa. Kita semua tak boleh dianggap perkauman. Siapa yang rugi sekali lagi orang kita yang rugi.

Mereka yang naik roket bukan main seronok tengok orang kita bergaduh. Apa yang aku perhatikan segala-gala isu nak di bangkang. Yang melibatkan kepentingan orang kita patutnya sama-samalah kita pertahankan.

Semuanya nak dibagi,dibuka dan didedahkan. Sama rata sama rasa. Kalau orang yang naik roket memerintah adakah dia akan buat begitu?. Minta maaf la. Sampai kan Chin peng nak balik malaysia orang kita nak sokong. Lantak dia la, ini tanah dan air kita. Aku takut tanah dan air kita hanya tinggal Kelantan dan Trengganu sahaja pada masa akan datang. Minta maaf lah aku amat tak percaya dengan orang naik roket ni.

Aku sayangkan negara ini, aku sayang orang kita, aku sayangkan Malaysia. Kalau beginilah sikap orang kita yang bergaduh sesama sendiri maka tidak mustahil rasanya macam tak lama dah bumi dipijak milik orang.

Projek tanjong sudah berjaya. Kini misi mereka lebih besar apabila mensasarkan negara bertuah ini. Kalau sudah terlepas mampukah kita mendapatkannya semula. Mereka ada mentor kanan di pulau kecil yang berpengalaman memusnah kuasa orang kita. Tidak mustahil cara yang sama akan dipraktikkan di sini.

Kalau kita tidak bersatu dan masih bertelagah , jawabnya PRU ke-13 kita akan berputih mata mungkin juga berputih tulang. Lupakan perselisihan yang kecil-kecil, kerajaan bantulah negeri orang kita walaupun berlainan ideologi. Aku nak sangat tengok orang kita kembali bersatu.

Jangan pula diletakkan apa-apa syarat. Buatlah dengan ikhlas. Nescaya kebebasan dan keamanan negara akan terus mampu dipertahankan. Hanya negara ini yang kita ada. Orang roket ada negara mereka. Inilah sahaja yang kita ada. Andai kata kuasa politik beralih pada tangan orang roket maka tak tau nak cakap apa.

Berilah apa jua hujah dan fakta. Lambakkan 1000 kebaikan mereka aku tetap sangsi dengan orang roket.

2 ulasan:

  1. aku membaca dgn teliti catatan ini..langsung aku ttanya2..stakat mana tahunya kita ttg DAp..atau kitakah tsogok oleh ugutan2 pemerintah spt ugutan mereka kpd bukan melayu thadap PAS. Dan siapa pkhianat sebenar harus dinilai sec kritis dan bdasarkn pelbagai sumber. Aku keliru..adakah DAP lebih cina daripada Gerakan dan MCA, lebih hindu drpd Mic.. Pengalaman berdepan dgn Samy Vellu utk mdapatkn bantuan penduduk kampung yg miskin tak mungkin dpt aku lupakan. Aku dan kwn2 dilayan spt anjing kurap..Tiba2..adakah aku perlu pcayakan Mic lebih drpd mempercayai DAP.. Adakah P. Pinang dlm masa dua tiga tahun ini telah hancur krn DAP..atau oleh tangan2 yg sebelumnya..siapakah yg menggadaikan singapura...siapa pula menyerahkan P. Pinang kpd Gerakan..Pandangan secara prajudis dan bersandarkn sumber pemerintah kadang2 mengelirukan..aku tidak mengatakan Dap itu baik..namun dlm masa yg sama aku tetap yakin MCA dan MIc apa kurangnya.. Hakikatnya, musuh yg terang mudah ditentang, musuh sembunyi gunting dlm lipatan..

    BalasPadam
  2. mad sebenarnya aku dah malas nak mengulas tentang politik ni mad......inipun tulisan lama aku...apa yang aku rasa dan lihat bukan pengaruh sesiapa....aku pun tak kata yang aku percaya pada mic atau mca. tetapi dengan dap memang 110% aku tak percaya....kadang-kadang hati kacau berpolitik ni.. aku lebih tenang dengan apa yang aku buat sekarang. Itu sebab susah aku nak bagi pandangan tetang pihak A atau B.Terpulang lah kepada mereka yang masih percayakan DAP. Aku tetap tak percaya mad....Dengan kawan-kawan jarang aku bersembang politik walaupun tokoh pas dan umno serta keadilan ramainya adalah sahabat lama aku...sebab jiwa akan kacau....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...