Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 15 Ogos 2009

Selamat bersara Kak An

Jackie anak murid aku dengan muka selambanya.
Reharsal Persembahan lagu Masihkah Kau Ingat Kopratasa "Lagu kegemaran kak An"

Aku terseret sekali lagi menyediakan persembahan sempena persaraan Kak An atau Cikgu Norehan. Mulanya aku tak nak ambil Port tentang persembahan ni kerana biarlah orang lain pulak yang handle bahagian persembahan. Mungkin ada idea baru yang lebih bernas dan Mantop. Idea aku banyak idea lama yang mungkin orang jemu melihatnya.

Namun apabila aku dapati persembahannya suam-suam kuku dan kurang ummmphhhh, aku mula terasa untuk mula campur tangan dalam persembahan. Sebenarnya jauh disudut hati aku Kak An yang nak bersara ni begitu lama berkhidmat di sekolah aku khasnya dan di Sungkai amnya.

Orangnya baik tak banyak kerenah dan tak banyak cakap. Takkan lah persarannya suam-suam kuku je. Maka aku mula merangka dan memerah idea bersama anak-anak buah aku untuk memberikan yang terbaik.

Jenuh juga berfikir dan memerah idea. Akhirnya dapat juga aku merangka persembahan yang akan meninggalkan kenangan kepada Cikgu Norehan. Falsafah aku mudah berikan yang terbaik kepada orang lain kemudian lupakan apa yang kita dah buat.

Berdasarkan reharsal yang dibuat pagi tadi rasanya persembahan ini mungkin akan mencuit hati murid-murid, guru-guru dan bekas-bekas pengetua sekolah aku yang bakal meraikan persaraan Cikgu Norehan atau lebih mesra ngan panggilan kak An.

Hanya itu yang mampu aku sumbangkan menjelang hari-hari terakhir persaraan beliau. Bagi aku persaraan seseorang guru adalah hari yang sangat bersejarah dan perlu diraikan secara meriah walaupun tidak secara mewah. Bukan semua guru yang mampu nak mencapai jangka masa bersara wajib.

Ada juga yang yang melontarkan pandangan kita begitu beria-ria menyambut dan meraikan persaraan orang lain. Sedangkan persaraan kita belum tentu akan di sambut dengan meriah. Sebenarnya soal masa depan bukanlah perkara yang perlu dipersoalkan dan siapalah kita untuk memikirkannya.

Bagi aku mudah kita berikan yang terbaik kepada orang lain selepas itu lupakan dan jangan mengharapkan orang lain akan melakukan perkara yang sama kepada kita. Kalau kita memikirkan begitu maka hati kita menjadi tak tenang dan kita akan dapat melakukan kerja dengan baik.

Kerja tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan di buat dengan sepenuh hati akan menjadikan jiwa kita tenang. Apabila jiwa menjadi tenang kita dapat mengeluarkan lebih banyak idea kreatif dan kita juga sentiasa komited dan semangat dalam melaksanakan kerja seharian.


SELAMAT BERSARA KAK AN........... Walaupun kita jarang berbicara namun ada satu hakikat berdasarkan pandangan mata kasar aku,Kak An ni baik bangat orangnya.......

2 ulasan:

  1. Anjang,

    Cikgu Norehan ni jatuh anak saudara juga..Kakak cikgu Razak.( Betul tak ?)..Dulu sekelas masa darjah 5 dan 6 di SK Sungkai....Dulu 1950an 1960an budak2 perempuan berlajar di Sek.Keb.Sungkai (P), sebelah masjid Kampung Pekan Lama... khas untuk perempuan .sampai darjah 4 saja...Sejarah Sungkai juga tu..ada ke lagi tidak bangunan tu ?...Budak lelaki di SK Sungkai(L)...

    BalasPadam
  2. betul pak uda. Wah bertambah lagi info sejarah sungkai. Rasanya bangunan sebelah masjid lama tu ada lagi(Kalau tak silap). Kalau ada gambor best ni

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...