Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 21 Ogos 2009

OBA dan Pantun di Radio Perak

Dulu-dulu Radio Perak ada menyiarkan rancangan pantun yang dikendalikan oleh OBA. Aku sempat juga mengikutinya seketika. Ramai juga peminat-peminatnya yang menjual dan membeli pantun. Yang istimewanya cara OBA mengendalikan rancangan tu bersahaja dan rusikan serta gurauannya rasa dekat sangat dengan hati pendengar.

Selepas tu rancangan tu hilang serinya apabila dikendalikan oleh orang lain. Selepas OBA mengendalikan semula rancangan tu baru la ok balik. Namun secara beransur-ansur rancangan tu hilang di udara.

Aku pun tak pasti apa sebabnya. Hubungan pendengar dan OBA amat rapat. Malah mereka seolah-olah ada persatuan sendiri secara tak rasmi. Hubungan bukan setakat di konti malah berlanjutan hingga di luar konti. Yang best tu mereka ada nama samaran masing-masing. Antara yang secara personal aku kenal ialah Tanjong dan Merbau Di Rimba.

Kedua-duanya orang Sungkai. Malangnya Tanjong mengidap Stroke manakala Merbau Di Rimba ni seorang buta yang telah meninggal dunia baru-baru ni. Al- Fatihah........ Yang lebih malang lagi OBA juga dikhabarkan mengidap Stroke. Aku doakan semoga cepat sembuh.

Tanpa siaran rancangan pantun yang dikendalikan oleh OBA radio perak macam hilang serinya. Memang seronok dengor celoteh OBA tak kering gusi. Penggemarnya terdapat di merata-rata daerah di seluruh negeri Perak dan macam-macam nama samaran yang digunakan.

Aku pernah mengikut Tanjong ni berkunjung ke rumah mereka yang selalu berpantun di Radio Perak. Bagi aku hubungan mereka sangat akrab. Dah macam adik-beradik. Begitulah kuatnya rancangan kendalian OBA ini yang mampu mengikat mereka sehingga menjadi begitu akrab. Tak kira lelaki atau perempuan sama je.

Semoga pihak radio Perak menghidupkan semula rancangan ini kerana terbukti rancangan ini mampu menjadi landasan untuk menyatu-padukan masyarakat yang pelbagai latar belakang.

2 ulasan:

  1. Innalilahi wainailahiroji'un..Dah meninggal rupanya Akob ni (Sedara dekat juga ni..)..Nostalgia Pak Uda dizaman kanak kanak tentang Akob ni ketika tahun 60 an, Sungkai ada panggung wayang di tapak kelinik Sungkai sekarang...Akob pun tengok wayang...duduk depan sekali...jarang mis jika filem Melayu zaman Jln Ampas ditayangkan..Entah apa yg dia nampak ..Pak Uda tak pernah tanya...

    BalasPadam
  2. Saya pun baru tau Pak Uada, Itupun Yaarif bagi tau, meninggal di KL dikebumikan di sungkai

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...