Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 8 Ogos 2009

Majlis Santapan Diraja (Sistburn)

Meja Utama Sultan Azlan Shah
Band Otai Super Senior
Band otai super senior


Yang pakai lebai tu Rashidi (Usahawan berjaya) Baju cokelat Lali (Pegawai Polis) Yang batik putih Ikmarudin (S.U Parlimen/pemain gitar kumpulan aku dulu)

Batik Hijau Roslee Jelani (Usahawan berjaya)

Batik Hijau Sham Hassan (Cikgu) Batik Biru Termizi Rafie (Pensyarah Iph Ipoh/Pemain Drum) Yang Senyum Mohd Nizam Husein (Pegawai Forensic/Pemain Bass)

Malam ahad lalu sempat juga aku menghadirkan ke Majlis Santapan Di Raja sekolah lama aku. Makan dah jadi perkara nombor 2. Yang penting dapat jumpa kawan-kawan lama. Daripada senior, super senior, junior dan super junior.

Memang gempak walaupun Sultan Azlan bersantap ngan Menteri Besor dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi di depan kami kat belakang asyik menyembang. Boleh kata semua meja menyembang. Maklumlah ada yang hampir 20 tahun tak berjumpa.

Yang bestnya tu ada yang dah jadi di kalangan junior dan senior yang jadi profesor di universiti, Doktor perubatan dan falsafah pun ramai jugak, peguam lagi ramai,pengarah-pengarah jabatan kerajan, usahawan berjaya, jutawan dan cikgu lagi ramai. Disini lah aku melihat rasa kesamaan tanpa mengira pangkat dan kedudukan berlaku.

Mengimbau kenangnan lama adalah satu perkara kemestian. Tak cukup di Majlis Santapan sambung pulak perjumpaan diluar. Hampir semua batch mengadakan perjumpaan secara tak resmi di luar.

Kali ini Batch aku tak ramai. Agak sikit mengecewakan. Mungkin disebabkan harga tiket yang mahal RM 100.00 atau pun sebab Bactch aku ni kerap berjumpa. Jadi seolah-olah feel dah hilang nak Bersantapa pada malam itu.

Apa pun aku tertarik dengan persembahan band 60-an Super senior. Memang best dan Happening. Band tersebut diketuai oleh Ishak Mohammad (Mantan Ketua Pengarah Imigresen Negara) dan terselit juga didalamnya Mohd Nor Supaat ,Pegawai PPD aku.

Ingat kan batch aku je ada band sendiri rupanya super senior pun ada jugak. Hebat-hebat. Sempat juga bertemu guru-guru lama Cikgu Wan Hassan yang tersangat kurus kerana kencing manis. (Aku dan lee pernah kena katuk ngan Cikgu Wan Hassan ni). Cikgu Jaapar yang masih mengekalkan ke handsomannya (Pune kamu.. inilah perkataan yang selalu keluor dari mulutnya) dan Cikgu Megat Aznil yang masih sihat dan bertenaga.

Yang aku heran Ngapa Lee tak jemput Cikgu Hazlin yang cun-melecun tu (Dulu la). Kalau tidak kehadiran mesti luarbiasa malam tu.Apa pun tahniah kepada AJK Majlis Santapan Diraja yang mana 2 orang kuatnya terdiri daripada batch aku Roslee Jelani (Usahawan berjaya) dan Mohd Yusri Bakir (Pensyarah IPG Ipoh)




6 ulasan:

  1. rajin kau pergi reunion ye anjang.. aku tau ada reunion sista ni tp waktu tu da terlajak beberapa hari.. huhu~
    **aku mmg jarang amat gi gathering.. tp kalu pegi sekali mesti best gile la.. zmn skola mmg sgt indah

    BalasPadam
  2. Salam Anjang...
    ..Rupa nya ko budak Izzuddin ye... rupanya kita sama satu sekolah...Band yang otai tu..band ke 3 atau ke 4 dah ...Asal band SIS ialah pada tahun 1966 lagi ...lagi hebat tahun 1968...kami conquer Ipoh...habis stage SRC STAR kami masuk...awek tak usah cakap lah...Saper penyanyi nyer ? Tanya Asmuni Awi atau Dato Zahid ...itu former classmate Pak Uda tu...Foto lama band tu Pak Uda ada lagi...

    BalasPadam
  3. Ya aku aku bactch 84, kalau pak uda ada gambar-gambar lama tu send kat e-mail saya nasriabidin@yahoo.com.

    Sarah malam tu memang best, rasa seronok sangat lepas tu datang le ke ipoh memang sedap mee rebus ramli ni

    BalasPadam
  4. Anjang...
    nak scan foto ada masalah ..scanner rosak...Nanti bila balik Sungkai raya ni..insya Allah boleh jumpa...datang rumah Pak Uda di Kg Guntung,.anak sdra.Pak Uda cikgu Razak Khalid tahu rumah di kampung...

    BalasPadam
  5. Anjang...

    Jumpa Mohd Noh Sufaat (Mohd Nor..?)kirim salam..ex classmate...pemain bass kami tu..

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...