Nuffnang

Pengikut

Isnin, 17 Ogos 2009

MRSM Felda di Trolak Jaya Hampir Siap....










Minggu lepas sementara menunggu anak aku menghadapi kem UPSR di tapak MRSM sementara di Trolak Jaya, aku mengambil keputusan untuk meninjau improvement projek kompleks MRSM Felda Trolak Jaya. Ceh.. dah macam jurutera tapak pulak aku ni.

Aku kagum dengan progress pembangunan kompleks yang rancak dan berjalan menurut perancangan. Mungkin tahun depan boleh digunakan. Dijangkakan apabila siap nanti ia mampu menampung seramai 1200 pelajar dan menjadi antara MRSM yang terbesar di Malaysia.

Sudah pasti lah bandar trolak jaya ini akan lebih meriah dan hidup. Sebenarnya inilah aspirasi lebih 300 perkampungan felda seluruh negara. Walaupun projek kem askar di sungkai yang akan diintegerasikan dengan pembangunan Bandar Trolak Jaya dibatalkan, namun dijangkakan ini tidak menjejaskan pembangunan bandar trolak jaya.

Pembangunan perancangan mengikut fasa demi fasa yang telah di rancang terus mengikut perancangannya. Sesuai bakal menjadi bandar felda contoh Bandar Trolak Jaya akan terus menerima jumlah peningkatan penduduk. Jumlah peningkatan penduduk di sini bakal merubah landskap kawasan ini yang dahulunya hanyalah kawasan Ladang Kelapa Sawit.

7 ulasan:

  1. ble mrsmf nak pindah sne?
    ktowg da nek semak kpale dok blaja kt berek tntera burok kt residence trolak 2...

    BalasPadam
  2. apa niiiiiiiiii

    BalasPadam
  3. kenapa ustaz azli pndh.....

    BalasPadam
  4. betsye ddk mrsm felda

    BalasPadam
  5. ramai guru yang baik di sini.mrsm felda were
    the best

    BalasPadam
  6. taniah anda beruntung mempunyai ramai cikgu yang bagus

    BalasPadam
  7. guru best senior jahat nk mampos

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...