Nuffnang

Pengikut

Isnin, 27 Disember 2010

Taukeh sombong, Pelayan Mencuka

Aku amat tak sangka dengan sikap taukeh dan pelayan kedai yang aku berkunjung ke kedainya buat kali pertama untuk makan tengah hari di Teluk Nipah. Sebagai pengunjung yang baru tiba sudah pastilah aku mengharaapkan yang terbaik . Namun hampeh semuanya melesat dari jangkaan awal. Berbanding dengan kedai makan berhampirannya yang menawarkan harga berpatutan dan kepelbagaian menu.

Anak aku di herdik apabila mengangkat tangan untuk meminta order Kata pelayan tersebut lebih kurang begini bunyinya "Tunggu le tak paham ke?". Dengan muka pelayan dan taukehnya yang masam mencuka amat amat menyakitkan hati aku. Ditambah dengan kualiti makanan yang tidak seberapa dan harganya mahal sekali lagi amat menyakitkan hati aku.


Memandangkan kedai lain agak jauh dengan tempat penginapan aku maka terpaksalah jugalah aku dan keluarga makan di sini. Hati memang bengkek. Aku berasa sedih jugek dengan sikap peniaga melayu yang langsung tak pandai melayan dan mengambil hati pelanggan. Kalau tidak kerana lapar mahu sahaja aku meninggalkan kedai ni.


Pada waktu malam kedai ini di take over oleh peniaga lain yang menjual masakan panas. Pada sangkaan aku sudah pastilah sikap taukeh makanan panas berlainan sikapnya dengan taukeh pada waktu siang. Anggapan aku meleset. Taukeh waktu malam lebih dahsyat. Memandangkan pada waktu siang tadi orang rumah dan anak-anak dah letih dengan aktiviti mandi-manda di Pulai Giam maka mereka amat letih untuk keluar makan. Aku mengambil keputusan untuk keluar bersama anak lelaki aku untuk membeli makanan bungkus.


Dengan rasa lapar yang amat sangat dan harapan untuk memenuhi selera anak-anak yang dah tak larat nak keluar makan, maka aku sekali lagi ke kedai yang dah aku pergi pada waktu siangnya tadi memandangkan kedai tersebut amat hampir dengan tempat penginapan aku. Kedai lain semuanya jauh. Kedai berhampiran dengannya ditutup pada waktu malam.


Setelah mengambil tempat duduk aku pun memanggil palayan kedai tersebut dengan mengangkat tangan. Sekali lagi dengan muka yang mencuka pelayannya datang membawa sekeping kertas kecil. Aku pun mula mengoder makanan. Akhirnya aku memberitahu kepada pelayan tersebut semua makanan tersebut di bungkus. Dengaan nada suara yang amat tinggi seolah-olah satu tengkingan yang di dengari oleh kebanyakan pengunjung yang sedang makan pelayan tersebut berkata "Kedai ni tak de bungkus-bungkus, semua makan kat sini" .


Apabila melihat muka aku yang sudah berubah dan tak berpuas hati maka dia mengulang sekali lagi ayat tersebut. Apa anda akan rasa kalau mengalami suasana seperti ini. Inilah kali terkahir rasanya aku makan di kedai ini. Tidak akan aku datang lagi ke kedai ini. Kepada pembaca blog, sahabat dan teman elakkanlan ke kedai ini kerana anda mungkin akan mengalami pengalaman yang sama seperti yang aku alami. Taukeh yang sombong dan pelayan yang mencuka.


Harganya memang harga sembelih orang. Rupa-rupanya bukan hanya aku yang di layan sedemikian rupa. Ramai lagi yang terkena dengan pelbagai kerenah yang menyakitkan hati. Kalau beginilah sikap peniaga melayu memang susah nak bersaing dengan bangsa asing.......

4 ulasan:

  1. ah. xpatut betul kedai tersebut! mesti orang tempatan tak dtg kedai tu. org2 luar ni kadang xde pilihan. kena la beli situ jugak..

    kalau saya die buat camtu, mesti saya bangun dan cakap.. "oh xde eh bungkus2?xpelah saya cari kedai lain" (sambil hati bersabar supaya tidak tengking orang tu balik)

    BalasPadam
  2. memang betul kebanyakan yang datang kedai ni semua pelancong luar... orang tempatan memang tak dek yang berkunujung ke sini.

    Menurut seorag pakcik tua (penduduk tempatan), penduduk tempatan memang tahu sangat ngan keadaan kedai ni. Kata pak cik tu "Nak tak payah cerita pun pakcik dah tau dah"

    BalasPadam
  3. terima kasih.. saya tak akan pergi kedai begitu...

    BalasPadam
  4. itulah kali terakhir saya berkunjung ke kedai tersebut hazlin......

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...