Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 17 Januari 2009

Tahniah kepada orang-orang bulan

Kemenangan orang bulan di P36 Kuala Trengganu dengan majoriti lebih besar suatu kemenangan yang sudah dijangkakan. Berdasarkan sumber risikan dalaman peratus pengaruh kedua-dua parti terikat kepada 50-50. Namun kalau dilihat pada kredibiliti calon amat jelas memihak kepada orang bulan daripada orang timbang. Calon orang bulan amat mesra rakyat dan sentiasa berada dekat dengan akar umbi setiap masa tak kira masa pilihanraya atau tidak bebanding orang timbang. Kemenangan ini memberi tamparan hebat kepada memanda Perdana menteri kerana calon orang timbang adalah pilihannya yang tak berapa mesra rakyat berbanding ada calon lain orang timbang yang lebih mesra rakyat. Apa pun orang timbang di peringkat cawangan dan bahagian seluruh negara muhasabah lah diri. Kalau momemtum ini terus hingga pru ke-13 alamatnya orang timbang jadi pembangkang. Dekati generasi muda jangan dimusuhi. Jangan sekat kemasukan cerdik-pandai ke dalam parti orang timbang. Mana-mana ketua bahagian dan cawangan yang orang tak berapa disukai masyarakat setempat, banyak masalah, tak reti buat kerja dan lebih banyak kumpul harta berhentilah. Buka ruang kepada calon yang boleh buat kerja dan lebih mesra rakyat. Chow dulu----.Esok kita ulas isu lain pulak......

1 ulasan:

  1. Orang Timbang Macam Tu Memang Elok Masuk Dalam Timbang.. belakang kita jualah.. kasi habis!!

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...