Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 16 Januari 2009

Nasi lemak kow di sungkai


Dah beberapa hari aku tulis isu yang agak serius, Hari ni pun masih demam disusuli batuk dan selsema penyakit standard golongan marhain macam aku. Hari ini aku tulis tentang warung nasi lemak di pekan sungkai. Dulu kalau sebut nasi lemak kak mon memang tak boleh lawan. Nak makan shushah asyik penuh je. Cina cukup suka makan kedai yang bungkus tak usah cerita la. Hari ini kak Mon tak berniaga nasi lemak dah dia bukak kedai prepaid. Nasi lemak jamil adalah nasi lemak yang paling sedap bagi aku. Kalau lewat sikit memang tak merasa. Kadang-kadang pukul 9 pagi dah habis. Kedai dia betul-betul terletak di sebelah stesen bas sungkai (Stesen bas paling unik-bab ini aku akan ceritakan keunikannya pada masa akan datang. Kalau nasi lemak jamil habis aku selalu pergi warung nasi lemak depan stesen minyak petronas Sungkai. Kat sini pun ok jugak. Nama tokehnya syarif lobo. Satu lagi nasi lemak yang ok terletak di tanjong malim. Pak Din Nasi Lemak. Kedai ni memang penuh. Terletak di kedai majlis depan balai polis tanjong malim. Asalnya dia berniaga berhampiran stesen bas Tanjong Malim. Tak percaya boleh cuba singgah-singgah di pekan sungkai, alami panoramanya yang agak berbeza.........

2 ulasan:

  1. Saya nak cuba rasa nasi lemak yang diceritakan sekiranya lalu di kawasan tersebut.

    BalasPadam
  2. Sekarang kat stesen bus dah tak sedap dah hampeh,nasi lenak yanh sedap sekarang tempat yang jual kuih banyak banyak tu kat pekan, tapi situ ada dua jenis nasi lemak satu bungkus suratkhabar satu bungkus kertas coklat,yang bungkus kertas coklat tu sambal dia power giler tak jumpa kat mana mana

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...