Nuffnang

Pengikut

Isnin, 16 Mac 2009

MRSM FELDA, TROLAK JAYA,SUNGKAI,PERAK

Pembinaan MRSM pertama felda memenuhi aspirasi dan kehendak hampir 300,000 keluarga peneroka di seluruh negara. Kalau sebelum ini semai bakti menjadi pilihan anak-anak cemerlang felda kini satu lagi alternatif pendidikan yang dikhaskan untuk anak-anak felda seluruh negara. Hanya 10% dibuka kepada orang luar.
Yang banyak mendapat manfaat ialah anak-anak generasi kedua felda termasuklah aku. Itupun kalau keputusan penilaian 5A. Ini bagi mengekalkan kecemerlangan dan tahap pendidikan yang berkualiti sesuai dengan fungsinya sebagai MRSM sulung untuk anak felda.
Lokasinya terletakdi trolak jaya. kalau dari tol slim anda belok ke kanan menuju ke sungkai.(kirakira 10 kilomeer) Kalau dari tol sungkai anak belok ke kiri menuju ke slim river (kira-kira 6 kilometer).Pecah tanah telah dirasmikan oleh Dato` Seri Najib Tun Razak. Pembinaannya berjalan dengan lancar . Dijangkaakan menempatkan 1200 pelajar. Pelajar sulungnya telah memulakan sessi pengajiannya pada tahun lepas dengan menumpang tapak kolej komuniti felda.
Aku juga mengimpikan sebuah sekolah khas untuk anak-anak guru. Kita mengajar anak orang tetapi kita tiada kemudahan daripada segi pendidikan anak-anak. Rasanya polis ada sekolahnya sendiri begitu juga tentera. Mungkin selepas ini boleh diwujudkan MRSM untuk anak-anak guru. Adios, Amigos
Lagi sekali gambar tak boleh upload

11 ulasan:

  1. bubuh gambor... yang dalam pembinaan mrsm ni bro

    BalasPadam
  2. NK jgk gmbr mrsm undr cnstrction 2....upload hr ni blh x..

    BalasPadam
  3. where my friend picture

    BalasPadam
  4. email me no tepon mrsm felda trolak...

    mynameisameen@gmail.com

    BalasPadam
  5. polis ada mrsm. namanya MRSM PDRM Kulim,tentera pun ada MRSM jugak.MRSM Terendak

    BalasPadam
  6. guru yang belum ada mrsm lagi, aku akan cuba cari nombor mrsm trolak

    BalasPadam
  7. nk..tanye mrsm 2010 bile kuar..yang tepat nyer,time kasih.

    BalasPadam
  8. letak gamba mrsm felda...plizzz

    BalasPadam
  9. tahniah kepada sesiapa yang dapat

    BalasPadam
  10. weyh...... ade lagi x information ttg mrsmf ktrang nk wat folio ny...........cpt awwwwwww

    BalasPadam
  11. kenapa mrsm tidak maklumkan dalam surat tawaran yang baju kurung johor tidak bolih di pakai di mrsm melainkan baju kurung cekek musang saja yang bolih di pakai tapi kami dari johor bawa baju bawalah baju kurung johor tapi tak bolih di pakai ,tempah baju sepasang rm60 kalau dua pasang dah berapa belum harga kain lagi timbang rasa lah sikit cikgu

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...