Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 7 Mac 2009

Cuti Sabtu ku di rompak


Apa nak jadi sekolah sekarang ni mesyuarat tak renti-renti. Kadang-kadang aku naik tension dan fobia dengan mesyuarat. Mesyuarat boleh habih 30 minit melarat sampai 2 jam. Aku rasa nak jadi budaya pentadbir melayu sekarang ni suka bermesyuarat benda-benda yang tak penting. Aku dah bosan.Aku dah bosan. Rasa nak sambung belajo je.

Akhirnya nanti kita akan melahirkan pendidik yang pandai mesyuarat dan tak pandai mengajo. Trend ni memang dah ketara sangat. Pendidik hari ni lesu, ketandusan idea tak inovatif dan MALAS....... Aku tak tau sama ada disebabkan banyak nya kerja-kerja yang tak berkaitan dengan pengajaran atau memang sikap pendidik baru macam tu.

Aku peratikan pendidik yang keluar dari sebuah Universiti di Perak majoriti bersikap macam tu. Malas,kerja berkira dan banyak lagi yang negatif tak sanggup aku nak coretkan. Yang mereka tau merungut banyak kerja, menyalahkan orang lain dan menyalahkan pelajar dengan seribu satu alasan Kalau salah betulkan kalau bodoh tolong bagi pandai dan kalau asyik merungut rasanya bangsa kita tak kan kemana.

10 tahun dari sekarang kita akan melahirkan pendidik yang lesu dalam segala aspek. Mutu pendidikan di sekolah merosot malahan di peringkat universiti pun kemerosotannya sudah mula terasa. Ada ke patut dengan gelaran mahasiswa/i minta pensyarah buatkan nota untuk mereka. Yang pensyarah pun buat. Disitu dah menunjukkan banyak kelemahan. Kalau zaman aku tak merasa sendiri bikin. Sekolah picang. Universiti pincang akhirnya negara pincang. Nagara tergadai kepada bangsa asing. Lihat negara jiran apa jadi nasib bangsa kita di sana. berdarah biji mata pun tanah dan air takkan dapat balik.

Lagi satu aku bengang hari ini kerana sabtuku terus dirompak oleh kumpulan tangan hitam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...