Aku cukup suka menulis tentang Kampung asalku. Aku rindukan suasana dulu yang amat tenang dan mendamaikan. Setiap kali musim buah Kampung Jambai meriah terutamanya musim durian. Siang, malam,pagi dan petang hidup dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan buah durian. Pada waktu malam arwah datuk aku dan bapa saudara aku akan tidur di `Jambor` yang dibina di kawasan dusun.
Sesekali aku akan ikut arwah datuk. Pada waktu petang dengan menaiki sampan kami akan memudiki sungai Batang padang sehingga sampai ke dusun. Mana-mana buah durian yang gugur kami akan kutip dan biasanya disimpan dipangkal pokok dan ditutup dengan daun-daun. Suasana malam memang sunyi hanya kedengaran bunyi cengkerik dan haiwan hutan yang lain serta buah durian yang gugur. Kadang-kadang pencuri buah durian pun masuk juga ke dusun
Arwah datuk aku akan sediakan lastik. Siaplah sapa yang masuk. Pada awal pagi kami dah bangun untuk mengutip buah durian. Biasanya waktu pagi banyak buah durian yang gugur. Setelah dicampur dengan durian semalam, kesemua buah tersebut diangkut masuk ke dalam sampan.
Sampan akan dipenuhi buah durian. Maka kami pun menghilir sungai. Tugas ni agak mudah kerana mengikut arus. Tetapi sampan ni biasa juga terbalik. Kalau terbalik orang-orang dihilir sungai seronok le dapat durian hanyut Free.
Sesampai dirumah arwah datuk aku (terletak di tepi sungai Batang Padang). Durian diangkut. Dikelaskan dan dicuci menggunakan penyapu lidi yang dikerat pendek. Ada gred A, B dan Cai (buah yang rosak sikit ataupun bersaiz kecil)
Selepas tu peraih akan datang membeli durian. Biasanya purata harga buah durian sepagi ialah RM600 ke RM 1,000. Memang lumayan. Kemudian rutin yang sama diulang setiap hari sampailah habis musim buah. Buah manggis juga menjadi sumber rezeki kerana musimnya sama dengan musim durian.
Setelah habis musim buah durian penduduk kampung akan kembali membuat kerja-kerja kampung sehingga tiba pula musim buah yang seterusnya.
Untuk mengangkut buah durian datuk aku akan menganyam bakul daripada rotan yang disebut `galas`. Memandangkan dia sorang je dalam kampung yang tahu buat galas maka ramai juga orang yang menempah padanya. Sampan pun dia buat sendiri. Pendek kata banyak peralatan yang berkaitan buah durian hasil ilham dan inovatif kreatif datuk aku. Ini lah keistimewaan Arwah datuk aku Nordin bin Rahim semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Dia selalu pesan kat aku dah besar nanti jadi DO senang dia mintak tanah. Aku merupakan cucu yang paling rapat ngan dia. Banyak juga kisah-kisah lama dan bersejarah yang diceritakan. Aku akan tulis pada masa akan datang.
Berikut aku lampirkan beberapa pemandangan berhampiran rumah peninggalan arwah Datuk aku. Bacakan lah Alfatihah untuknya. Al-Fatihah...... Bila melihat Sungai Batang pelbagai nostalgia bermain di fikiran. Mungkinkah suasana itu berulang lagi. Aku amat rindukan suasana itu..........

macam mana nak contact awak? saya sangat2 memerlukan bantuan awak. ada 1 camp-site kan dekat Kpg Jambai ni? saya pernah ke sana waktu tahun 2005. saya nak buat program kat situ. boleh x awak contact saya di email niksyazne@gmail.com / 0175455825. thank you so much :)
BalasPadamIm. so sorry...Camp ni dah tak de...tak tau sebab apa...dulu memang ada....
BalasPadamBila musim buah lg..
BalasPadamTiap - Tiap Tahun Bermusim.bole contact hj Leman dan hjah Dalila
PadamYoop e.
BalasPadamYoop e.
BalasPadamAssalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Aku ingin memaklumkan kepada sesiapa yang datang berehat di Anjang blok...dengan duka citanya bahawa
BalasPadamPenulis Pencipta awal Mula Anjang sudah kembali ke Rahmahtullah....jadi dengan ini aku Sebagai Adik Sepupunya dengan ucapan Selamat datang diucapkan kepada Anda sekalian yang singgah berkunjung tiba disini.inshaAllah dengan izin Allah akan aku Terbitkan cerita kisah kisah dan Kemasyhuran dan kebenaran yang berlaku disepanjang kehidupan aku di kampung ini
Yang pasti aku percaya kepada anda semua
Khasnya bagi yang beragama Islam yang akan menjadi pengetahuan yang perlu dan Berguna kepada muslimin dan muslimah.inshaAllah dengan izinnya.Amin,sekian.semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya.